Harian Metro

Tiga VIP terima ijazah sarjana

-

Sintok: Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah antara tiga VIP dianugerah­kan Ijazah Sarjana Pengurusan Awam pada sesi kedua Majlis Konvokesye­n ke-30 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, hari ini.

Selain beliau, Ahli Parlimen Kangar, Shaharuddi­n Ismail dan bekas Senator Dewan Negara, Datuk Muhammad Olian Abdullah turut memperoleh ijazah sarjana selepas dua tahun bertungkus-lumus menyiapkan kajian masing-masing.

Ternyata, kesibukan dalam bidang masing-masing bukan penghalang mereka menyambung pelajaran dalam mengejar impian memperoleh ijazah sarjana.

Abdul Fattah ketika ditemui mengakui membahagik­an masa antara kerjaya dengan pengajian bukan mudah, tetapi dengan sokongan keluarga dan ahli koperasi ia boleh direalisas­ikan.

Sementara itu, Shaharuddi­n ketika ditanya mengenai rahsianya dalam membahagik­an tugas antara wakil rakyat dengan pelajar berkata, beliau ‘mencuri masa’ ketika perlu ke Parlimen.

“Ketika ada persidanga­n Dewan Rakyat saya akan pastikan diri hadir ke kelas di kampus UUM di Kuala Lumpur, itu saja masa yang saya ada untuk belajar dan ia perlu digunakan sebaik mungkin,” katanya.

Bagi Muhammad Olian yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Plantation, langkah beliau meneruskan pengajian bagi menaikkan semangat masyarakat Orang Asli untuk belajar.

 ??  ?? ABDUL Fattah (tengah), Shaharuddi­n (kiri) dan Muhammad Olian bersama ijazah yang diterima mereka pada Majlis Konvokesye­n ke-30 UUM.
ABDUL Fattah (tengah), Shaharuddi­n (kiri) dan Muhammad Olian bersama ijazah yang diterima mereka pada Majlis Konvokesye­n ke-30 UUM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia