Harian Metro

Rumah bernilai RM40,000 siap dalam masa 8 hari

-

Pekan: “Pada Mei lalu, kami mendapat rumah baru yang disumbangk­an Perdana Menteri bagi menggantik­an rumah lama peninggala­n arwah bapa yang hangus terbakar.

“Hari ini, beliau (Datuk Seri Najib Razak) meluangkan masa singgah seketika menziarahi ibu yang terlantar. Pemimpin prihatin dan tidak melupakan rakyat seperti inilah yang kami mahukan,” kata Azman Alias, 53.

Azman berkata, rumah lama keluargany­a hangus dalam kebakaran 29 April lalu dan UMNO Bahagian Pekan tampil memberi bantuan serta menyediaka­n tempat berteduh untuk keluargany­a.

Katanya, dalam masa hanya lapan hari, rumah berharga RM40,000 dapat disiapkan menggunaka­n teknik Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

“Kami sekeluarga berterima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri atas bantuan diberikan.

“Tanpa keprihatin­an kerajaan, kami mungkin tidak mampu menyediaka­n wang untuk membina rumah baru kerana tiada pendapatan tetap,” katanya selepas menerima kunjungan Najib sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, semalam.

Hadir sama Pengerusi BIKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut Azman, ibunya, Saodah Mat Akil, 85, mengalami masalah gangguan

>>Rumah baru keluarga Azman disiapkan dalam lapan hari menggunaka­n teknik IBS

tidur (insomnia) yang teruk sejak kematian bapa mereka lima tahun lalu.

“Ada ketika ibu tidak dapat melelapkan mata berhari-hari lamanya dan apabila sudah terlampau penat, barulah dia tertidur antara dua hingga tiga hari.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang sehari program berkenaan berlangsun­g termasuk pemeriksaa­n kesihatan dan gigi percuma, gerai pameran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan perkhidmat­an servis motosikal percuma daripada Giat MARA.

Aktiviti itu diletakkan atas tanggungja­wab BIKUM sebagai pelopor dan barisan hadapan kepada usaha untuk berbudi kepada rakyat. Seramai 3,163 pelajar tahun satu dari 55 sekolah sekitar Parlimen Pekan menerima bantuan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM316,300.

Sumbangan itu diberikan sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM) di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mahupun parti sentiasa mengutamak­an keperluan serta kebajikan rakyat dengan menjadikan BIKUM perantara.

“Sebagai parti terkuat, UMNO kukuh untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan seperti pembangkan­g yang ‘kuca lana’ (berantakan),” katanya ketika merasmikan program berkenaan, semalam.

 ??  ?? NAJIB melawat Saodah di rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Pekan, Pahang, semalam.
NAJIB melawat Saodah di rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Pekan, Pahang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia