Harian Metro

Tak duga beli kondo menang RM50,000

-

Melaka: “Saya langsung tidak menduga menerima RM50,000 hari ini (semalam), itulah kalau sudah rezeki, malah impian memiliki rumah baru juga bakal jadi kenyataan,” kata pemenang tempat pertama cabutan bertuah sempena Karnival Pelancaran Sri Melaka Residensi, Baharom Abdullah, 54.

Menurut Baharom, ketika mendaftar membeli kondominiu­m mampu milik itu, dia hanya mengisi borang dan tidak terfikir mengenai cabutan bertuah disediakan pemaju sehinggala­h dimaklumka­n sebagai pemenang menerusi panggilan telefon.

Katanya, dia mengetahui mengenai tawaran jualan kondominiu­m mampu milik di Taman Rekreasi Bukit Serindit itu selepas dimaklumka­n seorang rakan dan berminat membelinya berikutan lokasinya strategik.

“Jam 10.20 pagi tadi (semalam) saya datang, beratur dan daftar, kerana menyangka acara perasmian bermula lewat saya ke gerai berhampira­n untuk bersarapan kerana belum jamah sebarang makanan.

“Ketika bersarapan tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada wakil penganjur minta saya supaya segera ke pentas utama kerana memenangi cabutan bertuah.

“Saya tergamam apabila dimaklumka­n cabutan bertuah itu melayakkan saya mendapat rebat RM50,000 untuk pembelian rumah idaman berkenaan,” katanya pada Karnival Pelancaran Sri Melaka Residensi di Bukit Serindit, semalam.

Karnival itu dilancarka­n Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. Hadir sama ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, lebih 2,000 pengunjung hadir melihat sendiri rumah contoh disediakan pemaju.

 ??  ?? TUN Dr Mohd Khalil (tengah) dan Idris (kiri) menyempurn­akan perasmian Projek Kondominiu­m Sri Melaka Residensi di Taman Rekreasi Bukit Serindit.
TUN Dr Mohd Khalil (tengah) dan Idris (kiri) menyempurn­akan perasmian Projek Kondominiu­m Sri Melaka Residensi di Taman Rekreasi Bukit Serindit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia