Harian Metro

15 minit je ke Meru

 Jambatan Raja Muda Nala percepat perjalanan

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

“Sebelum ini saya mengambil masa antara 30 ke 40 minit untuk ke Meru atau Kapar dari rumah saya di Kampung Telok Gadong kerana kesesakan namun sejak jambatan ini siap, perjalanan itu tidak sampai 15 minit,” kata Zabedah Hashim, 47.

Zabedah adalah seorang daripada ribuan penduduk yang gembira dan menyambut baik pembinaan jambatan ketiga atau Jambatan Raja Muda Nala sepanjang 2.5 kilometer itu.

Jambatan empat lorong tanpa tol itu bermula 100 meter dari persimpang­an Sungai Udang/Telok Pulai dan berakhir di persimpang­an Jalan Goh Huck Huat.

Ia menghubung­kan dua kawasan iaitu Teluk Pulai dan Sungai Betek di selatan manakala Tanjung Syawal di utara.

Zabedah berkata, sebelum ini jika dia mahu ke kawasan Meru, Kapar, Rantau Panjang atau Kuala Selangor, dia perlu melalui Jambatan Kota yang sentiasa mengalami kesesakan.

“Sejak siap Jun lalu, penduduk sudah menggunaka­n jambatan ini bagi mengelak kesesakan di Jambatan Kota,” katanya ditemui pada Majlis Perasmian Jambatan Ke-3 Klang di sini semalam.

Perasmian disempurna­kan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Baginda turut menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Raja Muda Nala sebagai mengenang jasa pahlawan Selangor satu ketika dulu iaitu Raja Muda Nala yang juga putera Sultan Selangor pertama, Sultan Sallehuddi­n Shah.

Turut berangkat pada majlis itu Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin.

 ??  ?? MENTERI Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) bersama Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Norashikin selepas merasmikan Jambatan Raja Muda Nala, semalam.
MENTERI Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) bersama Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Norashikin selepas merasmikan Jambatan Raja Muda Nala, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia