Harian Metro

Teruja naik menara tak siap

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Ekspo Negaraku 2017 kongsi ilmu pembanguna­n negara

“Saya sangat gembira apabila dapat berinterak­si secara ilmiah dengan bahan pameran di sini yang selama ini hanya dipelajari di dalam kelas.

“Malah banyak ilmu baru yang dapat dipelajari terutama berkaitan pembanguna­n negara dan sektor utama industri negara,” kata Nursyuhada­h Mohd Rodzi, 16.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Persekutua­n Kajang itu adalah antara ribuan pengunjung Ekspo Negaraku 2017 yang terus mendapat sambutan menggalakk­an sejak dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu.

Menurutnya, antara bahan pameran interaktif yang menarik minatnya adalah mengenai transforma­si kemudahan infrastruk­tur jalan raya, lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggalah penjanaan kuasa.

“Di Kubah 2 misalnya, saya dapat melihat bagaimana kerja penggalian terowong MRT dilakukan, mencuba simulator membawa bas, gerabak MRT dan MyHSR.

“Banyak sekali pendedahan yang diperoleh mengenai projek pembanguna­n negara pada masa depan seperti Kubah 5 yang memaparkan masa depan negara menerusi pembanguna­n Bandar Malaysia untuk generasi hadapan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini semalam.

Sementara itu, murid Sekolah Rendah Agama Integrasi Ampang, Nurin Ayra Mohd Nazir, 9, berkata, dia teruja apabila dibawa ‘meneroka’ seluruh negara bermula dari kereta kabel di Langkawi menyusuri Lebuhraya Utara-Selatan sehinggala­h melihat pembanguna­n pesat di ibu negara.

“Lebih mengujakan apabila saya dibawa ke aras 118 menara Merdeka PNB118 yang bakal siap pada 2020 dan ketika itu saya lihat Kuala Lumpur membangun dengan begitu pesat sekali.

“Tentulah saya bangga bila dapat berada dalam tayangan video menara setinggi 630 meter yang bakal menjadi menara kedua tertinggi di benua Asia dan kelima tertinggi dunia itu,” katanya.

Ekspo Negaraku 2017 anjuran Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri itu dibuka secara percuma kepada pengunjung sehingga 15 Disember ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

 ??  ?? PENGUNJUNG yang hadir ke Ekspo Negaraku Kuala Lumpur 2017 sudah mencecah 15,000 orang.
PENGUNJUNG yang hadir ke Ekspo Negaraku Kuala Lumpur 2017 sudah mencecah 15,000 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia