Harian Metro

Aplikasi mudah alih K3M boleh diperluas ke ASEAN

-

Penggunaan aplikasi mudah alih K3M iaitu Kesedaran, Keselamata­n, Komuniti Maritim yang berjaya membantu memelihara keselamata­n maritim di Malaysia boleh diperluas ke negara ASEAN.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata aplikasi itu boleh digunakan dalam usaha pemulihara­an dan penjagaan kehidupan marin dengan memudahkan laporan serta tindakan segera bagi membantera­s aktiviti yang menjejaska­n hidupan marin.

Katanya, beliau telah memberi penerangan tentang penggunaan aplikasi mudah alih

K3M itu pada Mesyuarat Panglima-Panglima Tentera Laut ASEAN Ke-11 di sini, semalam.

“Saya memberi penerangan tentang aplikasi K3M yang dilaksanak­an kita kerana sistem itu berpotensi diperluas penggunaan­nya ke negara-negara ASEAN,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 2,607 komuniti maritim di Malaysia menyertai aplikasi K3M itu.

Mesyuarat Panglima Tentera Laut ASEAN diadakan sempena acara ‘Internatio­nal Fleet Review 2017’ (IFR) di Pattaya bersempena penubuhan 50 tahun ASEAN. Sebanyak 26 kapal tentera laut dari 19 negara menyertain­ya.

Seramai 18 Panglima Tentera Laut dan wakil daripada 22 negara turut menyertai IFR

2017 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prawit Wongsuwan yang juga Menteri Pertahanan pagi semalam.

- BERNAMA

 ??  ?? ANGGOTA TLDM bersama tentera laut negara lain berkawad dalam banjir selepas jalan raya dilalui dinaiki air di Pattaya, semalam.
ANGGOTA TLDM bersama tentera laut negara lain berkawad dalam banjir selepas jalan raya dilalui dinaiki air di Pattaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia