Harian Metro

Pilihan orang muda

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Perodua unjur jualan Myvi baru 80,000 unit tahun hadapan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarka­n jualan model Myvi baru di seluruh negara sebanyak 70,000 hingga 80,000 unit pada tahun hadapan.

Naib Presiden Perodua Auto Corporatio­n Sdn Bhd (PCSB) Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sambutan terhadap Myvi baru itu sangat menggalakk­an terutama bagi varian 1.5 liter.

Katanya, dalam tempoh 10 hari sehingga semalam, sebanyak 8,000 unit kereta berkenaan sudah ditempah terutama oleh golongan muda dan ia dijangka akan terus meningkat.

“Sebanyak 80 peratus tempahan bagi varian 1.5 liter. Kami jangka hingga hujung tahun ini sebanyak 15,000 hingga 16,000 Myvi ini akan ditempah.

“Ia digemari golongan muda dan eksekutif kerana kereta ini menggunaka­n teknologi terkini, versatil, kelihatan sangat mewah dan keselamata­n pintar serta harganya yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Hari Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Zon Pantai Timur di Hotel Grand Riverview di sini, semalam.

Program dirasmikan oleh Menteri MITI Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir, Timbalan Menteri MITI Datuk Ahmad Maslan.

Zainal Abidin berkata, Myvi baru itu dilancarka­n Khamis lalu dan ia hasil rekaan anak tempatan. “Kami harap rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mendapatka­n kenderaan itu.

“Myvi serba baru tampil dengan lima varian iaitu 1.3 liter Standard G (MT) RM44,300, 1.3 liter Standard G (AT)- RM46,300, 1.3 liter Premium X (AT)RM48,300, 1.5 liter High (AT) - RM51,800 dan 1.5 liter Advance (AT) - RM55,300,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, lebih 5,000 pengunjung yang hadir pada hari MITI dan ia melebihi sasaran yang ditetapkan.

“Pelbagai program membabitka­n peluang perniagaan dan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hadir untuk mendapatka­n input serta peluang yang disediakan kerajaan termasuk dana bagi mengembang­kan perniagaan,” katanya. Kumpulan CIMB menerusi anak syarikatny­a, CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) bakal membuka cawangan runcit pertama di Filipina dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada suku keempat 2018.

Pencapaian meneroka pasaran Filipina itu adalah hasil kejayaan mendapatka­n kelulusan daripada Lembaga Kewangan Bank Pusat Filipina (BSP) iaitu Bangko Sentral ng Pilipinas, sekali gus melengkapk­an kehadirann­ya di pasaran perbankan ASEAN.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, susulan proses liberasasi sektor perbankan pada 2014 di negara itu, CIMB Bank adalah kumpulan perbankan Malaysia pertama yang diberikan kelulusan oleh BSP, membenarka­n bank asing memasuki negara terbabit melalui penubuhan syarikat milik penuh dengan kuasa penuh perbankan.

“Kami berbangga untuk menerima ‘lampu hijau’ dari Bangko Sentral ng Pilipinas bagi memulakan operasi di Filipina.

“Kelulusan ini sekali gus melengkapk­an penantian perjalanan CIMB ASEAN-10 dalam pasaran rantau ini dan seterusnya menjadi peneraju sebagai bank universal ASEAN yang akan mengukuhka­n lagi nilai bank kepada para pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tengku Zafrul berkata, Filipina menawarkan peluang yang besar dengan peraturan lebih progresif, demografi yang menarik, penembusan perbankan yang agak rendah dan bakat yang baik.

“Strategi kami akan melihat kami memohon aset digital terbaik kami dari seluruh rantau serta bekerja dengan rakan strategik utama di dalam negara,” katanya.

 ??  ?? MUSTAPA (dua dari kiri) bersama Zainal (kiri) selepas majlis pelancaran Perodua Myvi baru sempena perasmian Hari MITI 2017 Zon Pantai Timur di Kota Bharu, semalam.
MUSTAPA (dua dari kiri) bersama Zainal (kiri) selepas majlis pelancaran Perodua Myvi baru sempena perasmian Hari MITI 2017 Zon Pantai Timur di Kota Bharu, semalam.
 ??  ?? TENGKU Zafrul
TENGKU Zafrul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia