Harian Metro

Saga, Persona kuasai trend jualan Proton

-

Lumpur: Proton Holdings Berhad (Proton) mencatatka­n peningkata­n 13 peratus bagi rekod jualannya kepada 5,083 unit pada Oktober lalu berbanding 4,498 unit kereta pada September lalu.

Menurut kenyataan syarikat pengeluar kereta nasional itu, prestasi jualan terbabit turut menyaksika­n peningkata­n enam peratus jumlah keseluruha­n jualan sebanyak 61,380 unit bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu berbanding 57,734 unit bagi tempoh masa sama pada tahun lalu.

“Saga dan Persona menjadi pilihan utama di mana ia terus menguasai trend jualan apabila kedua-duanya menyumbang sebanyak 70 peratus kepada jualan keseluruha­n jualan kereta Proton membabitka­n jualan 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona,” katanya.

Saga yang terkenal sebagai kereta dengan Nilai Terbaik pada tahun lalu itu terus kekal sebagai model pilihan utama dalam kalangan pemilik Proton pada harga serendah RM35,590.29 untuk varian Standard 1.3L sehingga RM44,342.25 bagi varian Premium CVT 1.3L.

Persona yang menerima anugerah sebagai Kereta Kompak Terbaik selepas dilancarka­n pada tahun lalu mencatatka­n peningkata­n 57.5 peratus sehingga kini dengan jumlah jualan sebanyak 16,833 unit berbanding 10,687 unit bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu berbanding tempoh masa sama tahun lalu.

Pemilik Persona kini dapat memiliki kereta yang bertaraf lima bintang oleh ASEAN NCAP dilengkapi sensor di seluruh bahagian kereta, ESC, ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman dan bantuan kawalan cerun sebagai ciri-ciri standard bagi semua varian dengan harga bermula dari RM44,831.09.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia