Harian Metro

Sasar 115 stesen minyak

 PDB tawar bahan api Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive menjelang tahun depan

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Petronas Dagangan Bhd (PDB) menetapkan sasaran sebanyak 115 stesen minyak miliknya mampu menawarkan bahan api Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive di seluruh negara menjelang tahun depan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata, setakat ini bahan api terbaru itu sudah ditawarkan di 58 stesen Petronas di Semenanjun­g.

“Tahun hadapan, kami yakin mampu memperluas­kan jumlah stesen minyak yang menawarkan produk diesel terbaru ini termasuk diperluask­an ke Sabah dan Sarawak.

“Ini juga salah satu usaha PDB menyahut seruan kerajaan yang mahukan kenderaan diesel menggunaka­n diesel Euro 5 sepenuhnya pada 2020,” katanya ketika pelancaran Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive di stesen minyak Petronas Technology Park.

Majlis pelancaran itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran selebriti tempatan antaranya Kamal Adli, Fizo Omar dan Fadzil Zahari.

Menurut Mohd Ibrahimnud­din, Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive adalah generasi terbaru diesel dengan ciri bebas sulfur.

“Tiga ciri utama bahan api terbaru ini termasukla­h membersih dan melindungi enjin, meningkatk­an pembakaran serta mengoptima­kan prestasi enjin selain pemanduan lebih lancar.

“Dengan teknologi bebas sulfur ini, pemandu akan merasai perubahan serta merta terhadap enjin kenderaan mereka,” katanya.

 ??  ?? MOHD Ibrahimnud­din (kanan) bersama selebriti melancarka­n Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive.
MOHD Ibrahimnud­din (kanan) bersama selebriti melancarka­n Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia