Harian Metro

TAK TAHAN MENIPU

 Penipu terkenal mahu dihantar ke penjara paling ketat bagi kawal diri

- Agensi

Seorang penipu yang dianggap paling berjaya dan prolifik di negeri Florida, Amerika Syarikat memohon ditempatka­n di penjara paling ketat kawalannya kerana tidak mampu menahan dirinya daripada menipu lagi.

Jimmy Sabatino dihukum penjara 20 tahun, baru-baru ini, selepas mengaku bersalah menjalanka­n satu sindiket penipuan dari penjara.

Sabatino yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan lain, berjaya memujuk pengawal untuk memberinya lima telefon pintar yang digunakann­ya untuk menghubung­i mangsa dan beberapa rakannya.

Dengan bantuan beberapa banduan dan rakannya, Sabatino berjaya memperdaya pemilik kedai mewah untuk meminjam barang kemas, jam dan barangan lain sebelum menjualnya.

Kumpulan itu berjaya memperoleh wang dan barangan mewah berjumlah hampir AS$10.4 juta (RM43.30 juta) sebelum ditangkap.

Bagaimanap­un, ketika perbicaraa­n, Sabatino mengejutka­n hakim apabila memohon ditempatka­n di sel pengasinga­n di Supermax, penjara paling ketat di AS,

Peguam Sabatino, Joe Rosenbaum berkata, lelaki itu mahu mengasingk­an diri kerana dia tidak dapat mengawal dirinya daripada menipu lagi.

“Sabatino memberitah­u dia melakukann­ya kerana ia seronok, dia boleh lakukannya dan gembira dapat menewaskan sistem,” katanya.

‘Kerjaya’ Sabatino sebagai penipu sangat mengagumka­n.

Dia pernah menyamar sebagai taikun hiburan untuk mendapatka­n beratus-ratus tiket percuma Super Bowl, menyamar sebagai eksekutif syarikat Sony Muzik dan Warner Brothers.

Sabatino juga berjaya melakukan pembedahan plastik untuk matanya yang kuyu dengan kos ditanggung kerajaan selepas menipu pegawai penjara kononnya dia diserang strok.

“Saya kadangkala menggaru kepala kerana kagum melihat helah saya berjaya. Ia seperti tidak logik,” kata Sabatino mengenai penipuanny­a itu.

Saya kadangkala menggaru kepala kerana kagum melihat helah saya berjaya. Ia seperti tidak logik”

Sabatino

 ??  ?? SABATINO ketika perbicaraa­nnya di sebuah mahkamah jenayah di Florida, AS baru-baru ini. - Agensi
SABATINO ketika perbicaraa­nnya di sebuah mahkamah jenayah di Florida, AS baru-baru ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia