Harian Metro

Terus popular

 Tiang lampu jalan dilanggar kenderaan Setya kini jadi tumpuan swafoto

- Agensi

Satu tiang lampu jalan yang dilanggar kenderaan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Setya Novanto ketika mengelak ditangkap pegawai antirasuah kini menjadi lokasi swafoto popular.

Tiang lampu jalan di Jalan Permata Berlian di Jakarta Selatan itu dilanggar kereta Toyota Fortuner yang dinaiki Setya pada malam Khamis lalu.

Setya sebelum itu diburu agensi antirasuah untuk disoal siasat berhubung skandal kad pengenalan elektronik (e-KTP) berjumlah AS$170 juta (RM710 juta).

Kes itu adalah skandal rasuah terbesar di Indonesia dan beberapa suspek termasuk ahli politik serta perniagaan dihukum penjara oleh mahkamah.

Detik News melaporkan, sejak beberapa hari lalu tiang lampu jalan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai untuk merakamkan gambar swafoto.

Satu hiasan bunga turut diletakkan di tiang lampu jalan itu dengan mesej ‘moga cepat sembuh.’

Susulan kemalangan itu, Setya yang dinamakan sebagai suspek dilaporkan cedera dan masih belum boleh disoal siasat oleh pegawai antirasuah.

Bagaimanap­un, timbul spekulasi bahawa kemalangan itu hanya drama Setya untuk mengelak disoal siasat.

Setya sebelum ini pernah dirawat di sebuah hospital selama beberapa hari akibat kencing manis dan vertigo ketika pegawai antirasuah mahu menyoal siasatnya.

Sementara itu, peguam Setya, Fredrich Yunadi berkata, keadaan pemimpin itu masih lemah dan menjalani pemeriksaa­n di hospital.

“Dia masih lemah dan beberapa kali tertidur ketika menjalani pemeriksaa­n di hospital,” katanya yang dipetik Kompas.com semalam.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan Toyota Fortuner yang dinaiki Setya selepas melanggar tiang lampu jalan berkenaan. - Kompas.com
KEADAAN kenderaan Toyota Fortuner yang dinaiki Setya selepas melanggar tiang lampu jalan berkenaan. - Kompas.com
 ??  ?? SEORANG wanita bergambar di tiang lampu jalan di Jakarta Selatan yang dilanggar kenderaan dinaiki Setya. - Detik News
SEORANG wanita bergambar di tiang lampu jalan di Jakarta Selatan yang dilanggar kenderaan dinaiki Setya. - Detik News

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia