Harian Metro

‘Buaya’ ambil alih

 Mugabe dipecat sebagai ketua parti pemerintah, isteri turut disingkir

- Agensi

Presiden Zimbabwe Robert Mugabe semalam dipecat sebagai ketua parti pemerintah ZANU-PF semalam dan digantikan timbalan yang disingkirk­annya awal bulan ini, Emmerson Mnangagwa.

Parti pemerintah Zimbabwe ZANU-PF memecat Mugabe sebagai pemimpin dalam mesyuarat khas jawatankua­sa pusat semalam, kata ketua veteran perang pembebasan, Chris Mutsvangwa.

Perkara itu turut disahkan tiga pegawai parti lain.

Isterinya Grace yang memegang jawatan ketua Liga Wanita ZANU-PF juga sudah disingkirk­an daripada parti berkenaan.

Susulan itu, Mugabe diberi masa sehingga tengah hari ini (waktu tempatan) untuk meletak jawatan atau berdepan pendakwaan, kata Menteri Keselamata­n Siber Patrick Chinamasa dalam satu sidang media.

Pemimpin tertua dunia berusia 93 tahun yang memerintah Zimbabwe sejak 37 tahun lalu itu tumpas selepas tentera mengambil alih susulan Grace dibayangka­n bakal menggantik­an tempatnya sebagai ketua negara.

Dia bagaimanap­un berkeras enggan meletak jawatan.

Mugabe yang ditahan di rumah agamnya, Blue Roof, bersama sejak minggu lalu, dilaporkan mogok lapar sejak kelmarin sebagai membantah pengurunga­nnya, kata seorang ahli keluarga terdekat.

Anak saudaranya, Patrick Zhuwao dilaporkan berkata, bapa saudaranya ‘sanggup mati kerana kebenaran.’

Tentera sebelum ini dilaporkan mengugut membiarkan orang ramai membunuh pemimpin diktator itu tanpa melalui proses mahkamah sekiranya dia enggan meletak jawatan, menyebabka­n Mugabe bertindak balas dengan mengadakan mogok lapar.

Kelmarin, ratusan ribu orang membanjiri jalan raya di Harare, sambil menyanyi serta menari dan memeluk askar kerana gembira dengan kejatuhan Mugabe.

Susulan itu, Mnangagwa, bekas ketua keselamata­n negeri yang digelar ‘Sang Buaya’ dipercayai akan mengetuai kerajaan penyatuan interim yang menyasarka­n untuk membaiki semula hubungan dengan dunia luar serta menstabilk­an ekonomi negara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia