Harian Metro

SKUAD REMAJA WAKILI MALAYSIA

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 PBJM beri pemain muda pendedahan di Piala Negara-Negara

Skuad bola jaring negara yang meraih pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tidak akan menyertai Piala Negara-Negara di Singapura yang bermula 9 Disember depan.

Sebaliknya, peluang akan diberikan kepada pemain remaja untuk menyertai kejohanan yang membabitka­n enam pasukan termasuk Ireland, Hong Kong, Swaziland dan Cook Islands.

“Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) sudah memutuskan untuk menghantar pemain remaja ke Singapura bagi memberikan pendedahan, jadi pemain yang beraksi di Sukan SEA masih mendapat rehat. Ia satu pendedahan yang bagus kepada mereka.

“Bagi kami paling utama Kejohanan Asia, September tahun depan di Singapura. Kami perlu memastikan dua kedudukan teratas untuk meraih tiket ke Piala Dunia 2019 di Liverpool. Jadi kami mempunyai tempoh sembilan bulan mempersiap­kan pasukan,” kata pemain negara, Puah Pei San.

Pada Kejohanan Asia 2016 di Bangkok, Malaysia kendalian Stacey Robinson menamatkan kemarau 31 tahun muncul juara peringkat benua disusuli emas Sukan SEA 2017.

Mengulas mengenai langkah PBJM yang mahu mendapatka­n jurulatih asing bagi mengendali­kan skuad negara selepas kontrak Stacey berakhir Ogos lalu, Pei San menyambut baik kerana ia sudah terbukti dengan kejayaan yang diraih mereka.

“Bukan saya mahu me- nafikan kebolehan jurulatih tempatan, namun kita memerlukan seseorang yang boleh menggilap pemain untuk menjadikan mereka lebih bagus,” jelas pemain berusia 31 tahun itu.

PBJM sebelum ini melantik Choo Kon Lee sebagai jurulatih sementara kerana masih berunding untuk mendapatka­n sentuhan jurulatih baru dari Australia.

 ??  ?? SKUAD bola jaring negara raih emas di KL2017. PEI San (tengah) wakili Malaysia pada KL2017.
SKUAD bola jaring negara raih emas di KL2017. PEI San (tengah) wakili Malaysia pada KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia