Harian Metro

Sze Fei, Izzuddin kembali temui sentuhan

-

Lumpur: Selepas prestasi merudum secara mendadak, pasangan beregu muda lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mendapat semula keyakinan mereka apabila muncul juara Cabaran Antarabang­sa Malaysia selepas menumpaska­n rakan senegara, Shia Chun Kang-Tan Wee Gieen dalam perlawanan akhir di Pasir Gudang, Johor.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang diletakkan sebagai pilihan kedua mengambil masa selama 32 minit untuk mencatat kemenangan 21-19, 21-12 sekali gus merangkul kejuaraan sulung mereka tahun ini.

Naib juara Masters Malaysia itu sebelum ini mengalami penurunan prestasi apabila dalam 11 kejohanan yang disertai (kecuali Masters Malaysia), mereka terkandas di peringkat kelayakan dan pusingan pertama.

Menurut Izzuddin, kejayaan yang dilakar semalam mampu mengembali­kan semangat mereka kerana sebelum ini sudah lama berakhir dengan kekecewaan.

“Ya, kejuaraan ini mampu membakar semangat kami walaupun ini adalah kejohanan terakhir untuk musim 2017,” katanya.

Pemain kelahiran Johor itu juga mengakui banyak perkara yang dipelajari­nya musim ini terutama daripada segi turun naik prestasi seorang pemain beregu lelaki.

“Memang kami agak bergelut untuk meningkatk­an prestasi kami terutama selepas bermula cemerlang pada Januari dengan mara ke perlawanan akhir Masters Malaysia. Bagaimanap­un, dengan dorongan jurulatih dan usaha keras, kami berjaya mendapatka­n semula keyakinan.

“Pengalaman ini akan kami bawa ke musim depan untuk terus mencatat lebih banyak kejayaan,” kata Izzuddin yang sekarang ini menghuni ranking 49 dunia bersama Sze Fei.

Tahun lalu adalah kemuncak prestasi mereka apabila berjaya muncul juara Siri Antarabang­sa Switzerlan­d, Siri Antarabang­sa Singapura dan Naib Juara Grand Prix (Akhir) Sirkit Kebangsaan.

Sementara itu, bekas pemain perseorang­an lelaki negara, K Yogendran yang berganding­an dengan Prajakta Sawant dari India muncul naib juara beregu campuran, selepas tumpas 10-21, 22-24 kepada Hiroki Okamura-Naru Shinoya (Jepun).

 ??  ?? SZE Fei (kiri) dan Izzuddin ambil masa 32 minit sebelum bergelar juara.
SZE Fei (kiri) dan Izzuddin ambil masa 32 minit sebelum bergelar juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia