Harian Metro

Enggan dabik dada

 Iskandar tak mahu terlalu bangga selepas berjaya jinak Jun Hao

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Biarpun berjaya muncul juara dan kali pertama mara ke perlawanan akhir untuk musim ini, pemain perseorang­an lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin tidak menganggap ia satu kejayaan besar yang perlu dibanggaka­n selepas menumpaska­n naib juara remaja dunia, Leong Jun Hao di Cabaran Antarabang­sa Malaysia, semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu yang bergelut dengan kecederaan belakang awal tahun ini, mengambil masa 30 minit untuk muncul juara selepas mencatat kemenangan 21-11, 21-13 di Pasir Gudang, Johor.

Menurutnya, dia beraksi tanpa tekanan di negeri kelahirann­ya itu dan sepanjang kejohanan hanya fokus satu demi satu perlawanan tanpa meletakkan sebarang harapan untuk mara ke perlawanan akhir ataupun merangkul kejuaraan.

“Jun Hao adalah pemain masa depan negara dan saya mengambil pendekatan untuk mengutip satu demi satu mata. Pada masa sama saya juga merasakan dia ada mengalami kecederaan dan tidak boleh memberikan permainan terbaiknya,” kata Iskandar.

Naib juara Masters Malaysia 2016 itu juga mengakui tidak mahu mendabik dada dengan hanya merangkul kejuaraan di Cabaran Antarabang­sa, sebaliknya hanya mahu menikmati kejohanan ini sebaiknya.

“Saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri saya sendiri dan memang saya tidak menjangkak­an mampu untuk merangkul kejuaraan ini. Apa yang penting saya sentiasa memberi tentangan dalam setiap aksi saya di sini,” katanya yang berjaya membalas dendam ke atas Nguyen Tien Minh di separuh akhir semalam iaitu lawan yang mengalahka­nnya di suku akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos lalu.

Ditanya tentang prestasi Jun Hao, Iskandar Zulkarnain mengakui bahawa juara remaja Asia itu dan Lee Zii Jia dilihat mampu untuk menjadi pengganti Datuk Lee Chong Wei.

“Permainan mereka lebih efektif dan ini adalah pemain perseorang­an masa depan negara. Bagaimanap­un, disebabkan masih muda mereka perlu banyak pendedahan,” katanya yang hanya memulakan kalendar musim 2017 pada Mei kerana baru sembuh daripada kecederaan.

Selepas ini, Iskandar Zulkarnain akan meneruskan aksi di Masters Korea Selatan (28 November hingga 3 Disember) dan mengakui ia bukan satu kejohanan yang mudah kerana memperoleh undian sukar termasuk perlu berdepan Lin Chia Hsuan dari Taiwan di pusingan pertama.

Sementara itu, Ruselli Hartawan dari Indonesia muncul juara perseorang­an wanita selepas mengalahka­n Ying Chun Lin (Taiwan) 21-14, 21-13 dan bagi beregu wanita pula, kejuaraan milik Misato Aratama-Akane Watanabe yang menumpaska­n Kittipak Dubthuk-Natcha Saengchote (Thailand) 21-18, 21-15.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia