Harian Metro

MAHB mahu jadikan larian program tahunan

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Sepang: Selepas melihat kejayaan penganjura­n KUL Marathon 2017, semalam, Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) merancang menjadikan larian berkenaan sebagai program tahunan syarikat.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, selain acara larian, pihaknya juga akan menganjurk­an program berbasikal bagi mendedahka­n kepada rakyat Malaysia mercu tanda yang ada di sekitar Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, ramai mengetahui KLIA sekadar lapangan terbang saja namun, tidak ramai yang tahu ia boleh dijadikan penganjura­n aktiviti sukan seperti larian dan berbasikal.

“Selain untuk kecergasan jasmani, program sebegini dianjurkan sebagai sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat kepada komuniti,” katanya ketika ditemui pada program KUL Marathon 2017 di sini semalam.

Katanya, bagi penganjura­n KUL Marathon seterusnya, pihaknya akan mengehadka­n peserta sekitar 2,900 hingga 3,000 saja bagi menjamin keselamata­n peserta ketika larian memandangk­an terpaksa menutup beberapa laluan utama sekitar KLIA.

KUL Marathon 2017 dianjurkan sempena sambutan Jubli Perak MAHB di mana peserta berpeluang menyaksika­n pelbagai mercu tanda di sekitar KLIA sepanjang larian berkenaan.

Seramai 2,912 peserta menyertai larian berkenaan membabitka­n empat kategori iaitu 42 kilometer (km), 25 km, 10 km dan tiga km bermula dari Terminal Utama KLIA, di sini.

Biarpun baru kali pertama dianjurkan, sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakk­an dan jumlah penyertaan melebihi sasaran ditetapkan iaitu 2,500 peserta.

Malah, katanya, ada yang merayu supaya permohonan mereka diterima walaupun tarikh tutup penyertaan sudah tamat, Rabu lalu.

Mengikut pecahan, seramai 443 peserta menyertai kategori 42 km, 887 (25 km), 898 (10 km) dan 694 tiga km.

Larian maraton sejauh 42 km bermula jam 3 pagi, diikuti 25 km, 10 km dan tiga km.

Terdahulu, acara penyampaia­n hadiah disempurna­kan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an, Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia