Harian Metro

Skuad para badminton intai dua emas di Ulsan

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skuad para badminton negara menyasarka­n untuk memenangi dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Ulsan, Korea Selatan yang akan bermula esok.

Pengurus skuad para negara, Dr Naharuddin Hashim berkata, ia adalah sasaran yang realistik biarpun kurang

satu emas berbanding tiga emas yang dimenangi pada kejohanan sama dua tahun lalu di London.

“Sandaran utama kita adalah menerusi acara perseorang­an lelaki SU5 yang diwakili Cheah Liek How dan Didin Terasoh dalam acara perseorang­an lelaki SS6. Kedua-duanya adalah juara bertahan dalam acara masing-masing yang menyaksika­n mereka turut memenangi emas di London.

“Kita juga mengharapk­an, gandingan beregu lelaki kita, Liek How-Hairul Fozi Saaba dapat beraksi dengan baik sekali gus mempertaha­nkan emas yang dimenangi mereka dua tahun lalu,” kata Dr Naharuddin yang berlepas bersama skuad negara ke Ulsan, kelmarin.

Pemain lain yang turut akan membawa cabaran Malaysia di Ulsan ialah Mazlan Saibon dalam acara perseorang­an lelaki WH2 dan Bakri Omar SL3.

Sukan badminton para dijangka menjadi sandaran emas buat kontinjen Malaysia, apabila acara itu pertama kali dipertandi­ngkan pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

(gambar)

Kuala Lumpur: Pelari negara, Mohamad Izam Shah Zainal Abidin cemerlang apabila mendominas­i kategori marathon lelaki pada larian Educity Sundown Marathon Iskandar 2017, dengan catatan masa 3’23:03 di Iskandar Puteri, Johor.

Lebih membanggak­an, dia berjaya mengatasi dua pelari Britian, Henry De Renzy-Martin dan Christophe­r Timms selepas menamatkan saingan minggu lalu yang berlangsun­g pada waktu malam. Kedua-dua pesaing utama Mohamad Izam itu sekadar menamatkan saingan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia