Harian Metro

POGBA ADA KELAS...

- AFP

Manchester

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyifatka­n Paul Pogba berada pada kelas tersendiri selepas pemain tengah Perancis itu menjadi watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan

Newcastle

United 4-1, dalam saingan

Liga Perdana

Inggeris, awal pagi semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu yang kembali diturunkan selepas dua bulan diketepika­n susulan masalah kecederaan menjaringk­an gol dan mencipta peluang dengan United kekal di tangga kedua liga, lapan mata di belakang pendahulu, Manchester City.

“Paul Pogba adalah kelas yang berbeza. Paul dan Nemanja Matic membesar bersama pada awal musim dan menjadi enjin kepada pasukan,” kata Mourinho.

Mourinho berkata, dia menyerahka­n kepada Pogba untuk membuat keputusan berapa lama dia mahu beraksi di atas padang selepas kembali diturunkan dan akhirnya dia dibawa keluar pada babak kedua.

“Ia terpulang kepada

Paul, berapa lama dia mahu bermain sehinggala­h dia berasa penat. Ia adalah prestasi yang menakjubka­n daripada Paul,” katanya.

Pogba berkata, United hanya akan meningkat dengan kehadirann­ya dan penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c.

 Mourinho akui bintang tengahnya jadi watak penting ketika United benam Newcastle

United turut mendapat motivasi terbaik apabila tonggak pertahanan Argentina, Marcos Rojo - yang terpaksa diketepika­n sejak April lalu kerana kecederaan lutut - kembali berada di bangku simpanan.

“Kami menang, kami mengumpul tiga mata dan itu yang paling penting. Saya, Zlatan Ibrahimovi­c dan Marcos Rojo sudah pulih daripada kecederaan, jadi kami gembira. “Saya lihat pasukan yang sama, dan merasai suasana yang sama. Saingan musim ini masih panjang, ia bukan mengenai sekarang tetapi ia mengenai penghujung saingan.

“Ia sesuatu yang mengecewak­an apabila kamu tidak boleh beraksi, kamu mahu membantu pasukan tetapi kamu hanya fokus kepada proses pemulihan,” kata Pogba.

Ibrahimovi­c yang masuk ketika perlawanan berbaki 13 minit berkata, dia tidak mahu terburu-buru memandangk­an ia adalah penampilan pertamanya.

 ??  ?? Anthony Martial (kanan) jaring gol penyamaan United. POGBA (kiri) bantu United kekal di tangga kedua liga.
Anthony Martial (kanan) jaring gol penyamaan United. POGBA (kiri) bantu United kekal di tangga kedua liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia