Harian Metro

Conte bimbang jadi mangsa jadual padat

-

West Bromwich: Antonio Conte mengkritik perancang jadual liga bola sepak ketika pengendali Chelsea ini mempersiap­kan skuad bimbingann­ya mengharung­i jadual padat bulan ini, selepas menewaskan West Bromich Albion 4-0, kelmarin.

Biarpun melakar kemenangan di The Hawthorn, tetapi Conte sudah memberi amaran kepada barisan pemainnya mereka akan berdepan aksi terbesar musim ini di Azerbaijan menentang FK Qarabag , dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

Kemenangan ke atas West Brom, termasuk dua gol menerusi Eden Hazard adalah yang pertama daripada sembilan perlawanan dalam tempoh sebulan buat The Blues.

Conte bimbang situasi sama berulang, yang menyaksika­n anak buahnya tewas di tangan Manchester City pada September, tiga hari selepas aksi Liga Juara-Juara di Sepanyol.

“Ia agak malang apabila kami menentang City hanya dua hari selepas bermain menentang Atletico Madrid di tempat lawan,” katanya.

“Kami pulang jam 5 pagi pada Khamis dan bermain pada Sabtu menentang City. Orang yang membuat jadual ini seharusnya memberikan lebih perhatian bagi berlaku adil kepada semua pasukan.

“Saya fikir menentang City mereka adalah pasukan pilihan tetapi jika kami menang ke atas mereka jurang mata bukanlah sembilan mata.

“Kini, kami mempunyai satu lagi masalah. Kami menentang Qarabag pada Rabu (awal pagi Khamis) dan kami pulang ke London jam 5 pagi dan kami ada perlawanan besar menentang Liverpool pada Sabtu.

“Adakah ini normal? Saya tidak fikir begitu. Jika seseorang mahu keseimbang­an dalam liga, mereka perlu memberi perhatian penuh dalam membuat jadual.”

Chelsea berkunjung ke Azerbaijan dengan misi untuk melakar kemenangan yang membolehka­n mereka mara ke pusingan kalah mati walaupun tewas berturut-turut di tangan AS Roma.

Sementara itu, pengurus West Brom, Tony Pulis semakin tertekan bagi menyelamat­kan kedudukann­ya selepas hanya meraih dua kemenangan daripada 21 perlawanan

diraih di kawasan kotak penalti dan pemain yang menerimany­a tidak offsaid.

“Ia memang klasik,” kata Klopp yang mengakui pasukannya perlu lebih banyak mengambil peluang untuk membuktika­n mereka lebih baik berbanding lawan yang menyingkir­kan Liverpool di separuh akhir Piala Liga, musim lalu.

Ketika ini, Liverpool berada di tangga kelima liga, 12 mata ketinggala­n di belakang pendahulu, Manchester City dan tiga mata di belakang Chelsea, di tangga kedua. - AFP liga sejak musim lalu.

Bagaimanap­un, pengendali dari Wales itu tidak bimbang dengan situasi berkenaan. “Ia bukan keputusan saya, kita tunggu dan lihat,” katanya. AFP selaku pertahanan tengah utama buat England menjelang sepak mula Piala Dunia Russia, tahun hadapan.

Dalam masa sama, Guardiola turut menyatakan dua penampilan Stones bersama skuad ‘Three Lions’ menjadi penyumbang kepada kecederaan pemain terbabit.

“Dia berada dalam keadaan yang terbaik. Dia mengemudi barisan pertahanan dengan baik dan selesa dalam keadaan memegang bola atau tanpa memegang bola.

“Namun pemain mengalami kecederaan disebabkan kalendar Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang sungguh menakjubka­n.

“Anda beraksi selama 90 minit, 90 minit, 90 minit dan kemudianny­a mewakili skuad kebangsaan serta beraksi 90 minit dalam dua perlawanan yang tidak membawa sebarang mata.

“Akhirnya, perkara sebegini (kecederaan) berlaku. Sebab itulah saya menggilirk­an pemain kerana jika tidak, sudah pasti ramai pemain yang perlu diketepika­n.-Reuters

 ??  ?? HAZARD (depan) ledak gol pertama daripada sembilan perlawanan dalam tempoh
sebulan buat Blues.
HAZARD (depan) ledak gol pertama daripada sembilan perlawanan dalam tempoh sebulan buat Blues.
 ??  ?? STONES
STONES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia