Harian Metro

Salah julang Reds

-

Liverpool: Mohamed Salah meledak dua gol untuk membantu Liverpool meraih kemenangan 3-0 ke atas Southampto­n, sekali gus terus berada pada landasan tepat untuk menghambat pendahulu liga, Manchester City.

Pemain antarabang­sa Mesir itu melonjak selaku penjaring terbanyak liga dengan sembilan gol, hasil dua gol pada separuh masa pertama dan Philippe Coutinho meledak satu lagi gol pada babak kedua.

Liverpool mendahului selepas setengah jam perlawanan apabila Georginio Wijnaldum melakukan hantaran kepada Salah yang melencongk­an bola melepasi kawalan Fraser Forster dalam jarak 16 meter.

Sebelum babak pertama berakhir, Salah menyambut hantaran Coutinho dan walaupun Forster cuba menutup ruang, rembatan pemain berusia 25 tahun itu tetap mampu menerjah gawang untuk gol kedua The Reds pada perlawanan terbabit.

Setakat ini, tiada mana-mana pemain di dalam kelab yang merekodkan jaringan lebih daripada yang dilakukan Salah selepas 12 penampilan dalam Liga Perdana, – apabila dia melepasi rekod Robbie Fowler yang menjaringk­an lapan gol.

Gol ketiga pula hadir menerusi gerakan daripada Sadio Mane dan Firmino yang melakukan percubaan tetapi berjaya ditepis Forster, sebelum Coutinho lebih pantas menolak bola muntah untuk gol ketiga Liverpool.

Prestasi yang dipamerkan Salah itu membuatkan pengurus, Jurgen Klopp menghambur­kan pujian ke atasnya dan menyifatka­n pemain ini sebagai pencetus kebangkita­n pasukan.

“Dia berada dalam keadaan serta prestasi terbaik,” kata Klopp. “Ia bagus untuk kami, bagus untuk pasukan. Gol pertama, kedudukan bola agak jauh dan kami cuba memenangi pertarunga­n merebut bola.

“Situasi agak jelas, saya boleh katakan, sebenarnya peluang ketika itu tidak begitu baik. Ia jaringan menakjubka­n,”

“Gol kedua? Permainan menarik. Lihat bagaimana hantaranny­a.

“Saya cukup yakin, Coutinho pernah melakukan beberapa hantaran seperti ini dalam hidupnya tetapi peluang seperti ini sukar

 ?? Jose Mourinho ?? Paul Pogba adalah kelas yang berbeza. Paul dan Nemanja Matic membesar bersama pada awal musim dan menjadi enjin kepada pasukan”
Jose Mourinho Paul Pogba adalah kelas yang berbeza. Paul dan Nemanja Matic membesar bersama pada awal musim dan menjadi enjin kepada pasukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia