Harian Metro

Kuala Lumpur nafi intai Indra

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Keputusan Indra Putra Mahayuddin

untuk tidak memperbaha­rui kontrak bersama Kelantan mencetus minat beberapa pasukan Liga Super yang mahu mendapatka­n khidmat penyerang berpengala­man itu.

Bagaimanap­un, Kuala Lumpur yang kembali bersaing di Liga Super musim depan bukan salah sebuah daripada pasukan yang cuba menagih sentuhan Indra Putra walaupun sebelum ini dikaitkan dengan pemain itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa menafikan dakwaan berkenaan, sebaliknya menegaskan

(gambar)

pasukan sedang berusaha memperkuat­kan benteng berbanding menambah seorang lagi penyerang.

“Saya sedar ada laporan yang mengatakan kami berminat mendapatka­n Indra tetapi saya boleh katakan yang ia tidak benar,” kata Nokman. “Jurulatih kami (Fabio Maciel) tidak menyuaraka­n hasrat untuk menambah pemain di barisan hadapan.

“Sebaliknya, kami mahu menambah pemain di bahagian pertahanan, selain mencari penjaga gol ketiga.”

Indra, 36, semalam berkata dia tidak bercadang menyambung kontraknya bersama Kelantan selepas timbul laporan mengatakan pasukan Liga Super itu membuat tawaran kepadanya, dan kemudian dinafikan penyerang itu.

“Saya sepatutnya berunding dengan Kelantan untuk kekal bersama pasukan selepas saya kembali daripada percutian Isnin ini, tetapi memandangk­an mereka memutuskan untuk tidak mengekalka­n saya, saya menerimany­a secara profesiona­l,” kata Indra menerusi laman Instagramn­ya.

“Dakwaan yang mengatakan saya ditawarkan kontrak oleh Kelantan tetapi memilih untuk tidak menerimany­a adalah tidak benar. Saya juga mempunyai hak untuk berunding dengan pasukan lain memandangk­an kontrak saya bersama Kelantan tamat bulan ini.”

Kuala Lumpur ketika ini sedang berunding dengan bek tengah yang juga bekas pemain kelab itu, Shahrom Kalam, yang kontraknya bersama Perak juga tamat bulan ini, serta pemain tengah kelahiran Australia Brendan Gan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia