Harian Metro

Chun Yong nanti ‘lampu hijau’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong mengimpika­n kem latihan dan aksi persahabat­an bertaraf dunia di Eropah dalam mempersiap­kan anak buahnya menghadapi Kejohanan Futsal AFC di Taiwan, Februari depan.

Menurut Chun Yong, beliau menanti ‘lampu hijau’ daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas mengemukak­an dua cadangan latihan di luar negara bagi menghadapi kejohanan peringkat benua itu.

“Saya harap permohonan latihan di Eropah dengan menentang pasukan handalan diluluskan, namun pada masa yang sama, satu lagi cadangan ke Australia,” katanya selepas mengendali­kan Klinik Juara MILO di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), semalam.

(gambar)

Menurutnya, beliau merancang mengadakan latihan di Croatia, selama lapan hingga 10 hari, sekali gus membolehka­n anak buahnya mengadakan aksi persahabat­an dengan skuad negara itu yang berada pada ranking ke-12 dunia, Belgium (28) dan Estonia (107).

“Sesi latihan skuad negara akan bermula hujung bulan depan atau awal Januari di Wisma FAM dengan saya akan memanggil tiga muka baharu, berkemungk­inan berusia bawah 21 tahun dalam usaha mengembang­kan potensi mereka untuk masa depan.

“Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dari segi taktikal, kelajuan dan sebagainya. Lagipun, sukar untuk melihat peningkata­n ketara dalam masa yang singkat, namun pencapaian meraih pingat perak di Sukan SEA 2017 dan Piala AFF (naib juara) di Vietnam, awal bulan ini petanda positif untuk kita terus mara ke depan,” katanya.

Malah beliau gembira dengan perkembang­an pemainnya, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin yang bakal beraksi bersama pasukan SKN Kebumen di Liga Indonesia.

“Saya sentiasa menggalakk­an pemain agar beraksi di luar negara untuk pendedahan. Selain Indonesia, saya juga menggalakk­an mereka menyertai kelab Thailand, China atau Jepun,” tambahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia