Harian Metro

Diam-diam intai Dimas

- Syafiq Aznan syafiq_aznan@bh.com.my

 The Red Giants dalam rundingan ikat pemain Bhayangkar­a FC

Secara diam-diam, Selangor hampir menyempurn­akan perpindaha­n pemain import baru apabila pengendali­nya, P Maniam mengesahka­n skuad The Red Giants itu sedang berunding mendapatka­n khidmat pemain Bhayangkar­a FC, Evan Dimas sebagai persediaan mengharung­i Liga Malaysia (Liga M), musim 2018.

Bagaimanap­un, bekas pengendali Air Asia FC itu enggan mendedahka­n butiran lanjut mengenai rundingan,

(gambar)

Kelantan.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Tengku Muda Pahang selaku Presiden PBNP dan jurulatih (Dollah) kerana mempercaya­i kemampuan saya serta memberi peluang bermain untuk pasukan ini musim depan.

“Saya harap dapat membalas kepercayaa­n itu dengan membantu pasukan berkenaan menjuarai sekurang-kurangnya satu piala.

“Salah satu sebab saya menyertai Pahang kerana yakin mereka pasukan yang berpotensi untuk bergelar juara.

“Pada masa sama, saya juga ingin berterima kasih kepada FELDA United yang memahami serta merestui keputusan saya walaupun mereka turut menawarkan kontrak lanjutan kepada saya,” katanya.

Mat Yo yang pernah mewakili pasukan My Team, Kelantan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu, sebelum ini pernah membayangk­an akan meninggalk­an FELDA kerana ingin mencari peluang bermain dalam kesebelasa­n utama.

Ini kerana sepanjang semusim bersama FELDA, dia lebih banyak berperanan sebagai pemain gantian serta diletakkan di bahagian sayap berbanding posisi kegemarann­ya memandangk­an Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) masih belum mencapai kata putus dengan pemain berusia 22 tahun itu.

Maniam mahu rundingan dengan pemain yang beraksi dengan pasukan juara Liga 1, Indonesia itu dapat diselesaik­an segera sebelum perpindaha­n dapat dimuktamad­kan secara rasmi.

“Ya, memang kita ada membuat rundingan dengan Dimas, namun kita perlu bersaing dengan beberapa kelab dalam Liga Super yang turut berminat untuk mendapatka­n khidmatnya. Jadi, buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini.

“Secara peribadiny­a, saya memang mengalu-alukan kehadiran Dimas dalam pasukan Selangor, namun apa yang penting, jika rundingan itu berjaya, saya mengharapk­an dia mampu menyesuaik­an diri dengan segera bersama pasukan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

di tengah.

Keadaan itu menyebabka­n dia kecewa kerana berasakan dapat memainkan peranan lebih berkesan jika kerap diturunkan serta bermain di posisi yang betul.

“Saya berharap akan mendapat lebih banyak peluang bermain pada musim depan. Namun, saya sedar ia bukan mudah kerana Pahang juga memiliki ramai pemain yang bagus di bahagian serangan.

“Begitupun, saya bersedia untuk memberi saingan bagi merebut tempat. Malah, saya yakin masih mampu bermain di peringkat tinggi jika tidak dibelenggu kecederaan,” ujar Mat Yo.

Dengan kehadiran Mat Yo, Pahang kini dilihat mempunyai rangkaian serangan yang berbisa jika dia digandingk­an dengan penyerang import Brazil, Matheus Alves, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero (Argentina).

Pahang juga dikatakan sudah menandatan­gani pemain serba boleh Singapura, Safuwan Baharuddin yang turut bersama Mat Yo dalam pertemuan dengan Tengku Abdul Rahman dan Dollah.

Khabar angin pemain tengah skuad Garuda Muda itu bakal menyertai juara Piala Malaysia 33 kali berkenaan bertiup kencang sejak minggu lalu, apabila beberapa laporan media di Indonesia menyatakan Dimas menolak tawaran kelab Thailand, Chonburi FC.

Dimas dikatakan berminat untuk memilih menyertai Selangor susulan ditawarkan gaji setinggi RM83,000 sebulan dan sejarah pasukan itu sendiri menyaksika­n Selangor menjadi antara pasukan yang kerap mendapatka­n pemain import dari republik berkenaan.

Sebelum ini, saingan Liga M sudah biasa disajikan dengan aksi pemain import Selangor dari Indonesia seperti Ristomoyo Kassim, Bambang Pamungkas, Elie Aiboy dan juga Andik Vermansyah.

Dalam perkembang­an lain, Maniam juga mengakui beliau sudah menemui pengganti buat pemain utilitinya, Adam Nor Azlin yang sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim depan dan bersedia menggilap pemain muda akan yang menyertai skuad utama Selangor untuk musim baharu.

“Kita berjaya menyerlahk­an potensi Adam pada musim ini, jadi kita akan terus melakukann­ya untuk pemain muda Selangor yang lain.

“Kebanyakan daripada mereka sudah menyertai latihan skuad utama musim ini, jadi saya rasa tiada masalah untuk mereka menyesuaik­an diri pada musim hadapan.

“Kita akui Adam adalah seorang pemain yang baik dan menjadi tonggak pasukan itu, tetapi kita tidak boleh menghalang keinginan pemain yang mahukan cabaran baharu. Kita akan terus memberi peluang kepada pemain muda Selangor untuk menonjolka­n potensi masing-masing,” katanya.

 ??  ?? DIMAS
DIMAS
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia