Harian Metro

Peluang Marcote cerah

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Peluang Ramon Marcote kembali membimbing Kedah musim depan cerah selepas penaja utama Helang Merah, ECK Developmen­t Sdn Bhd mencalonka­n namanya kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Pengurus Helang Merah, Datuk Jefferey Low mengesahka­n Pengarah ECK Developmen­t Sdn Bhd, Puan Seri Ginney Chew mahukan Marcote mengendali­kan pasukan selepas mendengar dan mempertimb­angkan desakan penyokong.

“Penaja kita Puan Seri (Ginney) mahu beliau (Marcote) dan kita kena pertimbang­kan. Jika pengurusan mahukan beliau saya ikut saja kerana reputasi serta pencapaian Marcote bersama Kedah sebelum ini baik.

“Jadi, kita sedang pertimbang­kan untuk menggunaka­n khidmat Marcote secara serius selepas pihak penaja mahukan khidmat beliau,” katanya, semalam.

Jefferey yang juga Naib Presiden KFA menafikan bekas pengendali Johor Darul

(gambar)

Ta’zim (JDT), Mario Gomez menjadi pilihan seperti dihebahkan dalam media sejak minggu lalu sekali gus menguatkan lagi desas-desus Marcote dipilih menjadi jurulatih Kedah.

Dalam laman sosial Facebook Ginney baru-baru ini, beliau meminta maklum balas penyokong mengenai pemilihan Marcote dan berjanji sekiranya mendapat 25 ribu ‘like’, beliau akan berusaha memujuk KFA supaya melantik jurulatih kelahiran Sepanyol itu selaku ketua jurulatih Helang Merah.

Dalam tempoh 24 jam selepas entri itu dimuatnaik, jumlah ‘like’ penyokong Kedah sudah melebihi 26,000 dan setakat ini sudah mencecah 30,000.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia