Harian Metro

Pulang ke gagang

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

 Lucho pulang semula ke Johor perkukuh skuad Harimau Selatan

Ibarat sirih pulang ke gagang apabila bintang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa kembali menyertai juara Liga Super empat musim berturut-turut bagi mengharung­i kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Penyertaan semula Figueroa dalam skuad Harimau Selatan disahkan menerusi entri terbaharu laman rasmi Johor Southern Tigers selepas kenyataan dikeluarka­n oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, semalam.

Dalam kenyataann­ya Prest mengucapka­n selamat kembali kepada Figueroa yang sinonim dengan panggilan ‘Lucho’ dalam kalangan rakan sepasukan.

“Dia adalah legenda kami dan juga duta kelab, kehadiran semula Figueroa adalah satu penghormat­an tatkala dia memiliki pengalaman luas di peringkat antarabang­sa dan amat dihormati oleh rakan sepasukan,” kata Prest.

“Dia akan menjadi contoh kepada semua pemain kami dan dia kini dalam usaha mengembali­kan kecergasan dan memantapka­n fizikal di Argentina.

“Semestinya kami gembira gembira mempunyai pemain berkualiti dalam skuad kami. Kami memiliki pemain senior yang berkualiti seperti Luciano, Natxo Insa, Marcos Antonio, Hariss Harun, Aidil Zafuan (Abd Radzak) dan Safiq Rahim untuk memimpin barisan pemain muda dalam skuad JDT.” Figueroa menyertai JDT pada musim 2014 namun pada penghujung tahun 2015, dia mengambil keputusan untuk bersara selepas membantu JDT muncul juara liga pada kedua-dua musim itu selain menjulang skuad Harimau Selatan menjuarai Piala AFC pada musim 2015.

Prest menambah gandingan pemain berpengala­man jelas penting dalam skuad Harimau Selatan bagi membimbing mereka untuk menjadi pemain terbaik di masa hadapan dan ia bakal menguatkan lagi skuad itu mengharung­i saingan Liga M..

“Kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenai pemain-pemain yang akan ditandatan­gani dan juga mengenai pembanguna­n skuad untuk musim depan dengan lebih kerap,” kata Prest.

 ??  ?? FIGUEROA (tengah) akan menjadi inspirasi kepada semua pemain JDT.
FIGUEROA (tengah) akan menjadi inspirasi kepada semua pemain JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia