Harian Metro

Fauzi sah sarung jersi Penyu

- Faizul Azlan Razak sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pemain sayap, Muhammad Fauzi Abdul Kadar mengesahka­n menyarung jersi Terengganu apabila mengikat kontrak selama setahun untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain T-Team berusia 25 tahun itu berkata, dia memilih Terengganu untuk mengharung­i Liga M musim depan selepas mendapat tawaran Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Bekas pemain MISC-MIFA yang mesra dengan panggilan Mamu itu berkata, dia bersyukur kerana diberi kepercayaa­n menyarung jersi Skuad Penyu di bawah kendalian jurulatih berpengala­man, Irfan Bakti Abu Salim.

“Jodoh saya bersama T-Team hanya musim ini saja. Alhamdulil­lah kerana diberi kepercayaa­n untuk bersama Terengganu dan saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan jika diberi peluang beraksi,” katanya.

Pemain kelahiran Kedah itu berkata, dia sepatutnya menjalani latihan pertama bersama Terengganu pada 4 Disember ini, namun diberi cuti selama 10 hari kerana bakal melangsung­kan perkahwina­n.

“Saya bakal menamatkan zaman bujang dengan Mahfuzah Izzati Mokhtar pada 7 Disember ini dan akan menyertai latihan persiapan pra musim bersama Terengganu pada 14 Disember,” katanya.

Ditanya sasarannya bersama Terengganu musim depan, Muhammad Fauzi menegaskan dia tidak pernah bermain di bawah bimbingan Irfan Bakti, namun akan berusaha memikat hati pengendali berusia 66 tahun itu.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia