Harian Metro

Adam, Syamer perlu tepis kritikan

- Syafiq Aznan syafiq_aznan@bh.com.my

Lumpur: Pemain skuad bawah 23 (B-23) negara, Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba yang sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan dicabar supaya menafikan tanggapan serong sesetengah yang menyebut pihak karier mereka akan musnah sekiranya menyertai pasukan Harimau Selatan itu.

Cabaran itu dilontarka­n bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan era 80-an, Datuk Khaidir Buyong yang percaya penyertaan mereka dalam skuad kendalian Ulisses Morais itu mampu menjadi tempat terbaik untuk meningkatk­an tahap permainan masing-masing.

“Semua orang tahu JDT pasukan terbaik di negara ini kerana mereka memiliki kemudahan dan infrastruk­tur yang lengkap. Jadi, saya lihat pasukan ini boleh menjadi tempat yang terbaik untuk pemain muda itu berkembang jika mereka berjaya menyesuaik­an diri dengan budaya kelab itu.

“Tanggungja­wab kini terletak di bahu mereka bagi mengubah tanggapan orang ramai yang membuat andaian bahawa pemain muda tidak mempunyai masa depan yang cerah jika menyertai JDT kerana lebih banyak duduk di bangku simpanan.

“Justeru, mereka perlu melipat gandakan usaha kerana saingan mereka kini lebih hebat berbanding ketika bersama pasukan lama. Jika tidak terpilih, itu bermakna mereka tidak bekerja keras untuk merebut tempat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam masa sama, penyertaan JDT yang bakal beraksi dalam perlawanan di peringkat Asia juga dilihat Khaidir mampu menjadi landasan terbaik buat mereka mendapat pendedahan beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

“Setiap musim JDT akan terbabit dalam banyak perlawanan, jadi pemain muda harus merebut peluang untuk meletakkan diri dalam senarai pemain dalam perlawanan berkenaan. Kalau mereka berusaha dengan gigih, tidak mustahil mereka dipilih dalam kesebelasa­n utama,” katanya.

Semalam, Adam yang beraksi bersama Selangor dan Syamer yang juga pemain tengah Pulau Pinang, sah menyertai juara Liga Super empat kali berturut-turut berkenaan.

 ??  ?? SYAMER mampu gilap bakat di JDT.
SYAMER mampu gilap bakat di JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia