Harian Metro

Terkejut pokok tumbang depan kereta

-

Tuaran: Seorang guru nyaris maut apabila pokok setinggi 12 meter tumbang dan hampir menghempap kenderaan dipandunya dalam kejadian di simpang Kampung Dungang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam

5.50 petang itu, Azman Roslan, 40, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung terbabit.

Bagaimanap­un, dia terselamat apabila pokok yang tumbang itu tersangkut pada kabel elektrik.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Tuaran selepas mengajar.

“Tiba-tiba satu pokok besar tumbang di laluan itu dan mujur ia tidak menghempap kereta saya kerana tersangkut pada kabel elektrik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Azman, dia hanya memberhent­ikan kenderaann­ya di bahu jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

“Saya masih terkejut dengan kejadian itu dan berhenti tidak jauh dari lokasi pokok itu tumbang.

“Saya kemudian menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatka­n bantuan kerana bimbang ia membahayak­an penduduk yang menggunaka­n laluan itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, sebaik menerima panggilan jam 5.57 petang, empat anggota APM dibantu pasukan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati pokok itu tumbang, namun tersangkut pada kabel elektrik serta telekom dan menghalang laluan kenderaan besar melalui kedua arah itu.

“APM mengalih pokok berkenaan sebelum operasi ditamatkan jam 7.12 malam,” katanya.

 ?? FOTO ?? ANGGOTA APM mengalihka­n pokok yang tumbang di Kampung Dungang, Tuaran.
FOTO ANGGOTA APM mengalihka­n pokok yang tumbang di Kampung Dungang, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia