Harian Metro

Ajal kereta bertembung

 Warga Pakistan maut tersepit kenderaan dirempuh pacuan empat roda

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Warga Pakistan maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 111, Jalan Sandakan-Lahad Datu, dekat Kampung Batu Puteh, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.25 malam, Jehan Dad, 38, menetap di Kampung Paris 3, Lahad Datu, parah pada anggota badan selepas tersepit di dalam Perodua Kancil.

Difahamkan, kenderaan yang dipandu mangsa bertembung dengan Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 38 tahun. Sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Kampung Paris Tiga.

Pacuan empat roda itu datang dari arah bertentang­an dipercayai memintas kenderan lain di hadapan sehingga menyebabka­n kemalangan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 7.27 malam.

Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatang­an bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kemalangan didapati membabitka­n dua kenderaan bertembung. Pemandu pacuan empat roda dilaporkan cedera ringan dikeluarka­n orang awam sebelum bomba tiba.

“Bagaimanap­un, seorang lelaki yang memandu Perodua Kancil tersepit di dalamnya dikeluarka­n anggota bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Khatizah berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke bilik mayat Hospital Kinabatang­an untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? PEMANDU Perodua Kancil maut tersepit dalam kemalangan itu Kilometer 111, Jalan Sandakan-Lahad Datu, dekat Kampung Batu Puteh, kelmarin.
PEMANDU Perodua Kancil maut tersepit dalam kemalangan itu Kilometer 111, Jalan Sandakan-Lahad Datu, dekat Kampung Batu Puteh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia