Harian Metro

Polis buru tiga penyamun

-

Polis memburu tiga suspek berhubung kejadian Staf Koresponde­n News

Straits Times (NST)

Sabah disamun di depan pejabat The New Straits Times Press (M) Bhd di Tropicana Commercial Centre di Jalan Pintas, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Rosley Hobden mengesahka­n pihaknya menerima laporan daripada mangsa mengenai kejadian itu.

“Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan kawasan kejadian menunjukka­n ada tiga suspek lelaki.

“Polis melancarka­n gerakan mengesan tiga suspek itu sejak semalam (kelmarin),” katanya.

Bagaimanap­un, Rosley berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

“Jumlah kerugian yang dialami mangsa dianggarka­n RM6,200.

“Kes siasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa Kristy Inus, 37, baru saja keluar dari pejabat dan berjalan menuju ke kereta di hadapan premis.

Berdasarka­n CCTV, tiga lelaki datang dari arah jalan sebelum seorang suspek menghampir­i mangsa.

Kristy ketika itu berada di belakang kereta untuk menyimpan barang, tiba-tiba dia dihampiri seorang daripada suspek yang mengacukan sesuatu di belakang mangsa dan cuba merampas beg tangannya.

Bimbang dicederaka­n, mangsa melepaskan beg tangannya sebelum tiga suspek terbabit melarikan diri ke arah belakang premis.

Mangsa tidak mengelami kecederaan, namun beberapa barang miliknya dilarikan suspek termasuk dua telefon pintar dan sejumlah wang tunai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia