Harian Metro

Tahan pelajar ugut ketua menteri

-

Seorang pelajar lelaki ditahan polis selepas disyaki memuat naik komen ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, semalam.

Suspek berusia 14 tahun itu dibawa bapanya kira-kira jam 2.30 petang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching selepas menyedari anaknya diburu polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

Datuk Dev Kumar berkata, bapa suspek membawa anaknya ke IPD Kuching bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Menurutnya, suspek diburu selepas polis menerima laporan mengenai komen berunsur ugutan yang ditujukan kepada Ketua Menteri Sarawak, baru-baru ini.

“Suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching manakala telefon bimbit miliknya yang digunakan untuk memuat naik komen berkenaan dirampas.

“Polis bagaimanap­un sudah membebaska­n suspek selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Dev berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata, polis menerima tujuh laporan polis daripada individu berhubung ugutan yang dilemparka­n kepada Ketua Menteri Sarawak sehingga kelmarin.

“Orang ramai diminta lebih berhati-hati menggunaka­n media sosial dan tidak memuat naik sebarang komen berunsur jenayah dan boleh menimbulka­n perasaan tidak senang dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia