Harian Metro

Ibu hamil 4 bulan hilang selepas buat pemeriksaa­n

-

“Tolonglah cari Siti Hasimah, kami terlalu bimbangkan dia. Dia hamil empat bulan,” rayu Junita Darmansah, 51, selepas anak keduanya hilang tanpa dapat dikesan sejak 6 November lalu di Kinabatang­an.

Terdahulu, Siti Hasimah Singkong, 31, keluar dari rumahnya di Kampung Pangkalan Bukit Garam, jam 7 pagi untuk membuat pemeriksaa­n kandungan di Hopital Kinabatang­an.

Namun, dia gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Junita berkata, sehingga kini tiada sebarang berita mengenai anaknya diterima.

“Kami sekeluarga bimbang keselamata­nnya. Hingga kini, kami masih gagal menghubung­i telefon bimbitnya.

“Kami m e m oh o n bantuan orang ramai yang melihatnya s u p ay a menghubung­i kami atau maklumkan balai polis berhampira­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Junita berkata, anaknya sudah bersuami dan memiliki anak lelaki berusia tujuh tahun.

“Dia menetap dengan suaminya sepanjang sembilan tahun mereka berkahwin dan tiada masalah rumah tangga selama ini.

“Begitu juga dengan tempat kerja. Dia bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah rendah.

“Kami menemui rakan sekerjanya dan mereka memaklumka­n dia tiada masalah kerja,” katanya.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung anaknya itu diminta menghubung­inya di talian 014-6550960.

 ??  ?? SITI Hasimah
SITI Hasimah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia