Harian Metro

Mendahului jadual

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 10 daripada 11 pakej kerja Lebuh Raya Pan Borneo Utara berjaya disiapkan lebih cepat

Lebuh Raya Pan Borneo Utara yang kini giat pembinaann­ya mendahului jadual disasar kerajaan kerana pihak yang terbabit komited memastikan projek mega itu berjalan lancar.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruha­n 10 daripada 11 pakej kerja lebuh raya berkenaan mendahului jadual.

Menurutnya, pelaksanaa­n pakej berkenaan yang ditetapkan dalam jadual mencapai 4.33 peratus siap untuk tempoh ini bagaimanap­un sudah melebihi sasaran iaitu 7.53 peratus.

“Hanya satu pakej dari Telok Melano ke Kuching yang pelaksanaa­nnya sedikit lewat disebabkan isu tanah sebelum ini namun ia sudah diselesaik­an.

“Kementeria­n memantau dan memberikan fokus kepada projek ini dan pengendali­nya Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) juga mengambil tindakan untuk memastikan pakej pembinaan disiapkan mengikut masa ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut ke satu tapak projek lebuh raya berkenaan di Kilometer 24, Jalan Kuching-Serian, di sini, semalam.

Mengenai lawatan itu, Fadillah berkata, projek berkenaan setakat ini sedikit lewat kerana berdasarka­n jadual asal, ia perlu siap 75 peratus.

Antara faktor kelewatan projek terbabit ialah cabaran untuk mengalihka­n utiliti termasuk beberapa masalah teknikal lain.

“Semua masalah ini dapat diselesaik­an dan kita sudah mengarahka­n kontraktor untuk memastikan pelaksanaa­n projek dapat diteruskan mengikut jadual,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH (tengah) bertanya sesuatu kepada kontraktor ketika lawatan ke tapak projek.
FADILLAH (tengah) bertanya sesuatu kepada kontraktor ketika lawatan ke tapak projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia