Harian Metro

Akibat percaya rakan, RM30,000 melayang

-

Seorang ahli perniagaan tidak menyangka niat mendapatka­n keuntungan menerusi pelaburan ditawar rakan menyebabka­nnya kerugian RM30,000.

Lelaki berusia 30-an itu dihubungi rakannya sebelum ditawarkan melabur dalam perniagaan dengan tawaran keuntungan menarik.

Sumber berkata, tertarik dengan tawaran diberikan lelaki yang juga berusia 30-an itu, mangsa bersetuju menyerahka­n wang kepadanya pada 2 Oktober lalu.

Menurutnya, tanpa curiga dengan taktik licik rakannya, mangsa menyerahka­n wang seperti diminta suspek sebelum menunggu untuk tempoh tertentu bagi memperoleh keuntungan.

“Mangsa mempercaya­i lelaki terbabit kerana mengetahui dia mempunyai perniagaan sendiri selain kenalan rapat kepada mangsa,” katanya.

Bagaimanap­un, selepas sebulan, mangsa cuba menghubung­i suspek bagi mendapatka­n perkembang­an mengenai pelaburan dibuat namun panggilann­ya tidak dijawab.

“Mangsa yang berasa diperdaya membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n menerima laporan itu. Sarikei: Kerajaan negeri komited melaksanak­an pelbagai usaha memastikan sektor pertanian Sarawak terus diperkasa selain melonjakka­n ekonomi petani tempatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, komitmen serius kerajaan negeri itu adalah usaha untuk merealisas­ikan impian menjadikan Sarawak sebagai negeri pengeluar produk makanan menjelang 2030.

Menurutnya, tumpuan juga diberikan kepada usaha meningkatk­an keupayaan petani memandangk­an peranan golongan itu penting dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.

“Tanah luas di negeri ini perlu digunakan sebaik mungkin supaya Sarawak dapat menjadi antara pengimport makanan utama, sekali gus menampung ekonomi golongan petani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia