Harian Metro

ANAK ADUN DITAHAN BERSAMA PIL KHAYAL

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 Anak ADUN ditahan miliki 200 pil kuda

Anak lelaki seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini ditahan polis kerana memiliki 200 pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan jam 3.30 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ia hasil pemerhatia­n pihaknya selama lima minit dan mendapati seorang lelaki berdiri di hadapan sebuah rumah di lokasi berkenaan dalam keadaan mencurigak­an.

Katanya, pihaknya memperkena­lkan diri sebagai polis dan secara tiba-tiba lelaki itu melarikan diri ke bahagian tepi rumah.

“Suspek terjatuh ke tanah dan berlaku pergelutan kerana lelaki itu melawan ketika polis cuba menahannya. Dia enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaa­n hendak dilakukan.

“Polis sekali lagi menunjukka­n kad kuasa sebelum suspek melawan dan agresif hingga berlaku pergelutan sekali lagi.

“Hasil pemeriksaa­n menemui satu kertas tisu warna putih mengandung­i plastik warna biru berisi 198 pil warna merah dan dua pil warna hijau disyaki dadah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, bungkusan itu disorok suspek di dalam poket seluar bahagian hadapan sebelah kanan. Katanya, lelaki itu dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk perintah reman empat hari bermula semalam hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seorang lelaki dikenali sebagai Jaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merompak pemuda dengan bersenjata­kan buku lima.

Tertuduh, Mohamad Safrizan Samsudin, 23, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan rompakan menggunaka­n senjata dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak Muhammad Hafizuddin Ali, 20, dengan bersenjata­kan buku lima dan mengambil wang tunai RM700 di hadapan stesen minyak di Batu Buruk di sini, jam 9 malam pada 5 Ogos lalu.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan sebatan jika disabitkan dengan kesalahan itu.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 13 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana memeras ugut remaja lelaki sebelum melarikan pelbagai barangan berharga termasuk motosikal dan wang tunai RM300.

Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang didakwa di mahkamah melakukan pemerasan terhadap Mohamad Al Muiz Nashrullah Mohd Jafri, 19, di terowong di bawah Jambatan Sultan Mahmud (susur ke Kampung Serdang Baru), Kuala Nerus, jam 4 pagi pada 8 Ogos lalu.

Mengikut Seksyen 384 KK kerana pemerasan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit bersalah.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

 Lelaki hadapi tuduhan rompak pemuda

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Safrizan didakwa di dua mahkamah berasingan di Kuala Terengganu.
MOHAMAD Safrizan didakwa di dua mahkamah berasingan di Kuala Terengganu.
 ??  ?? ANAK lelaki ADUN diizin ditahan reman empat hari oleh Mahkamah Kota Bharu.
ANAK lelaki ADUN diizin ditahan reman empat hari oleh Mahkamah Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia