Harian Metro

PERIGI HANG TUAH?

- Mohamad Yatim Latip am@hmetro.com.my

 Telaga bertingkat berusia sejak 1400 tidak pernah kering

Penemuan perigi lama di Kampung Duyong di sini, minggu lalu, menarik perhatian ahli arkeologi dan penduduk setempat yang mahu melihat reka bentuknya dengan lebih dekat.

Lebih menarik, ahli arkeologi berpengala­man daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Dr Mohd Nasruddin Abd Rahman tidak menolak kemungkina­n perigi itu ada kaitan dengan sejarah Laksamana Hang Tuah di Duyong.

Perbezaan reka bentuk paling ketara antara perigi lama itu dengan yang digunakan zaman sekarang adalah ruang di dalamnya bertingkat atau ‘bertapak’.

Dr Mohd Nasruddin berkata, berdasarka­n pemerhatia­n awal, beliau tidak menolak kemungkina­n perigi lama itu wujud sejak tahun 1400 iaitu pada abad ke-15.

“Sebenarnya perigi ada kaitan dengan sejarah Melaka. Majoriti penempatan awal contohnya Pulau Besar menjadi persinggah­an pedagang untuk mendapatka­n bekalan air bersih sebelum meneruskan pelayaran.

“Perigi yang ada di situ wujud seawal abad ke-13 termasuk di Perkampung­an Hang Tuah, di Duyong.

“Perigi lama di Kampung Duyong itu pula ditemui secara tidak sengaja oleh sekumpulan penduduk ketika mereka bergotong-royong membersihk­an kawasan berkenaan.

“Struktur bongkahan batu laterit atau batu merah ditebuk untuk dijadikan perigi. Berdasarka­n penelitian terhadap pahatan yang rapi dan kemas pada dinding perigi, ia menunjukka­n teknologi orang Melayu dahulu kala sangat bertamadun dan berkepakar­an tinggi,” katanya.

Menurutnya, perigi lama sedalam 1.8 meter dan lebar 1.2 meter itu didapati mempunyai sumber mata air jernih dan dipercayai tidak pernah kering sejak digali penduduk asal kawasan itu.

“Kawasan terbabit boleh dinaik taraf menjadi produk pelanconga­n, malah kajian perlu dilakukan dengan menyeluruh membabitka­n aspek arkeologi bagi mendapatka­n bukti untuk mengesahka­n fakta atau penemuan sebelum ini selain dijadikan panduan pada masa akan datang,” katanya.

Dia memberitah­u, berdasarka­n kajian dan penemuan sebelum ini, kawasan itu dipercayai mempunyai banyak perigi lama, namun penemuan terbaru itu paling unik.

“Sebenarnya banyak lagi perigi lama ada di sekitar negeri ini yang perlu dikaji secara komprehens­if memandangk­an ia boleh menjadi produk pelanconga­n,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jaringan Adat Budaya Anak Tempatan (JABAT) Datuk Seri Don @ Abdullah Husin berkata, perigi itu dipercayai digunakan penduduk asal kampung berkenaan.

Beliau berharap ahli arkeologi berpengala­man membantu melakukan kajian mengenal pasti usia sebenar perigi itu, yang secara tidak langsung menunjukka­n Kampung Duyong antara penempatan paling tua di Melaka.

 ??  ??
 ??  ?? PERIGI lama ditemui ketika kerja gotong-royong membersihk­an kawasan di Kampung Duyong.
PERIGI lama ditemui ketika kerja gotong-royong membersihk­an kawasan di Kampung Duyong.
 ??  ?? WALAUPUN bercampur air hujan namun air perigi lama tetap jernih.
WALAUPUN bercampur air hujan namun air perigi lama tetap jernih.
 ??  ?? STRUKTUR bahagian dalam perigi lama yang bertingkat atau bertapak.
STRUKTUR bahagian dalam perigi lama yang bertingkat atau bertapak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia