Harian Metro

SISWA ‘MASYUK’

> Mohamad Rifdi Mohd Amri, 23, menjual jaket; Zul Fathi Zakaria, 22, berniaga tudung manakala Amirah Hani Roslan, 23, buat bisnes produk kecantikan. Ketiga-tiga mereka masih menuntut di universiti, tetapi meraih pendapatan mencecah kira-kira RM10,000 sebu

-

“Alhamdulil­lah, sekarang saya mampu menghulurk­an wang belanja kepada keluarga setiap bulan hasil daripada berniaga,” kata pelajar, Amirah Hani Roslan, 23.

Pelajar jurusan Hal Ehwal Antarabang­sa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah ini berkata, dia menjadi stokis bagi perniagaan produk kecantikan ‘By Nadia Exclusive’ (BNE) secara dalam talian iaitu melalui Facebook (FB) dan Instagram sejak setahun lalu.

Menurut Amirah, perniagaan yang diceburiny­a turut mendapat sokongan daripada ahli keluargany­a.

“Ibu bapa pembakar semangat saya yang utama, kerana mereka sentiasa memberikan sokongan di kala saya menghadapi penurunan jualan dan sebagainya.

“Perasaan gembira yang tidak tergambar apabila kita mempunyai penghasila­n hasil daripada titik peluh sendiri sekali gus dapat tunaikan segala permintaan ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Amirah yang memperoleh pendapatan mencecah RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan berkata, dia juga tidak terlepas menghadapi cabaran dalam perniagaan.

“Cabaran yang seringkali saya hadapi adalah apabila berhadapan dengan orang yang tidak senang dengan kejayaan saya dalam bidang ini, namun itulah yang sering menjadi motivasi kepada saya untuk terus bersemanga­t dalam bidang ini.

“Selain itu, saya juga menghadapi cabaran dalam penyusunan strategi untuk mengembang­kan lagi perniagaan berikutan terdapat banyak persaingan dalam bidang perniagaan seperti ini,” katanya.

Amirah berkata, perniagaan­nya kini hanya tertumpu pada sebelah malam manakala siang dia akan memberi tumpuan kepada pelajaran di kuliah.

“Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran pada siang hari, manakala sebelah malam, saya meluangkan masa seketika untuk berniaga dan membantu ejen di bawah saya.

“Sudah menjadi rutin harian saya sentiasa tidur lewat malam, untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan pensyarah di samping

berniaga,” katanya.

Ibu bapa pembakar semangat saya

yang utama

Amirah Hani

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia