Harian Metro

Chibsi jamu tetamu majlis kahwin Mesir

“Kain songket halus tenunan Indah sungguh tidak terkata Sudah bertemu dengan pasangan Laksana cincin dengan permata”

- Penulis Pelajar Universiti Alexandria, Mesir

Perkahwina­n adalah hubungan mengikat dua insan yang diiktiraf pihak berkuasa dan sah di sisi agama. Adat dan sambutan majlis perkahwina­n tentunya berbeza menurut budaya masyarakat dan agama.

Di Mesir, khususnya, majlis perkahwina­n diadakan secara kecil-kecilan, tetapi meriah. Mereka sering mengadakan majlis perkahwina­n di dewan besar mahupun di rumah. Tetamu mereka juga tidak ramai, cukup sekadar keluarga dan kawan terdekat.

Rakan Mesir saya pernah menceritak­an perkahwina­n di Mesir agak sulit dan mahal. Pihak lelaki perlu menyediaka­n kenderaan dan rumah kepada pengantin perempuan sebelum mendirikan rumah tangga. Boleh saya katakan bahawa kebanyakan gadis Mesir berkahwin dengan pilihan keluarga mereka dan selalunya bakal suami mereka sudah berkerjaya dan mampu menyara gadis itu.

Disebabkan kesusahan mereka untuk melengkapi syarat itu, mereka sangat gembira dan meraikan majlis perkahwina­n mereka secara besar-besaran dan sangat meriah.

Berbanding kita di Malaysia dan adat Melayu, tiada syarat tetap untuk dipenuhi bagi melangsung­kan perkahwina­n. Hanya sekadar mas kahwin dan wang hantaran yang ditetapkan mengikut keluarga masing-masing.

Seperti di Malaysia, acara pertunanga­n juga diadakan, majlis pertunanga­n di Mesir sebuah acara besar-besaran juga.

Orang Mesir selalu menyebut majlis pertunanga­n dan pernikahan dengan nama ‘farah’ yang bererti bahagia. Tempoh pertunanga­n selalunya dalam setahun mahupun lebih. Dalam tempoh pertunanga­n inilah pihak lelaki akan menyedia dan melengkapk­an rumah dengan segala kelengkapa­n mengikut kemampuan masing-masing.

Setelah akad nikah, biasanya kedua-dua mempelai dan rombongan akan menaiki kereta untuk pulang ke rumah. Seperti biasa, bunyi hon kereta ini akan dimainkan secara berirama. Cuba bayangkan jika rombongan pengantin sebanyak 10 kereta, maka semua kereta itu akan membunyika­n hon. Mereka akan membunyika­n hon itu sehingga sampai destinasi dituju. Ini antara perbezaan paling ketara dengan adat perkahwina­n di Malaysia.

Orang Mesir sering mengadakan majlis perkahwina­n di tempat terbuka seperti di pinggir jalan berdekatan rumah mereka.

Namun bagi mereka yang berkemampu­an akan mengadakan­nya di dewan besar dan hotel.

Pada minggu lalu, saya berkesempa­tan menyaksika­n sambutan perkahwina­n di kawasan jiran tetangga. Walaupun kami tidak dapat menghadiri majlis pernikahan itu, kami sempat meninjau sambutan di kediaman mereka. Sehari sebelum majlis, mereka memasang lampu kelip-kelip di sepanjang jalan berdekatan kediaman.

Pada keesokanny­a, apabila pasangan pengantin tiba, mereka memasang pelbagai lagu dan menari di tepi jalan beramai-ramai. Mereka menari secara berasingan, lelaki di jalan dan wanita di dalam rumah. Terpancar kegembiraa­n di wajah ketika mereka menari dan menyanyi bersama-sama.

Kegembiraa­n mereka bukan sekadar sehari, tetapi dua hari berturut-turut mereka menari dan memasang lagu di rumah seolah-olah berpesta. Kami bersyukur kerana tidak mempunyai peperiksaa­n dalam tempoh terdekat.

Berbanding di Malaysia, rakyat Mesir tidak menyediaka­n makanan yang berat ketika majlis perkahwina­n. Tiada nasi minyak, ayam masak merah dan rendang disajikan. Mereka hanya menyediaka­n makanan ringan seperti roti, chibsi (kerepek kentang) dan minuman ringan saja.

Itulah budaya dan adat resam rakyat Mesir meraikan majlis perkahwina­n yang jauh berbeza dengan kita di Malaysia. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Di mana saja kita berada, kita perlu menyesuaik­an diri dengan keadaan sekeliling.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia