Harian Metro

UFL perkenal koleksi 2018

-

Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL), pengedar peralatan sukan, kecergasan dan rekreasi tempatan memperkena­lkan koleksi 2018 bagi jenama beg galas popular Jerman iaitu Deuter yang akan mula berada di pasaran Malaysia menjelang awal tahun depan.

Malaysia menjadi pasaran pertama Deuter di Asia Tenggara mendapat peluang untuk menyaksika­n pratonton koleksi 2018 itu yang akan ditampilka­n dengan rekaan dan warna baru.

Pengarah Urusannya, Datuk Radha Krishnan berkata, pada setiap tahun syarikat akan mengadakan pratonton bagi koleksi tahun seterusnya di mana pakar dari Deuter Jerman akan hadir untuk bercakap mengenai sorotan produk baru dan jangkaanny­a.

“Kami lihat sentimen dalam kalangan mereka yang hadir pada kali ini amat positif kerana Deuter sudah meninggalk­an cara lama dan mengubah reka bentuk beg galas mereka sepenuhnya,” katanya pada majlis pratonton koleksi 2018 Deuter.

Pengurus Jualan Antarabang­sa Deuter, Christian Lechelmayr berkata, Malaysia adalah pasaran kukuh bagi Deuter kerana kebanyakan individu di negara ini suka melancong dan mengambil bahagian dalam aktiviti luar seperti merentas hutan dan mendaki.

“Kami melaksanak­an pembanguna­n produk 2018 daripada aspek sosial yang berkait rapat dengan emosi pengguna dan melancarka­n kempen My Deuter My Adventure di mana ia fokus kepada setiap emosi penggemar dari luar dan hubungan dengan jenama Deuter atau produk Deuter yang dimiliki,” katanya.

 ??  ?? RADHA (tiga dari kanan) menunjukka­n tajaan pakaian dan produk Deuter yang akan digunakan pasukan berbasikal wanita Deuter Pinky.
RADHA (tiga dari kanan) menunjukka­n tajaan pakaian dan produk Deuter yang akan digunakan pasukan berbasikal wanita Deuter Pinky.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia