Harian Metro

Panasonic yakin segmen kecantikan, kesihatan dapat permintaan

-

Jaya: Panasonic Malaysia yakin segmen penjagaan kecantikan dan kesihatan berupaya untuk menjadi antara penyumbang kepada pertumbuha­n syarikat memandangk­an segmen terbabit sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Pengarah Urusannya, Cheng Chee Chung berkata, selari dengan trend gaya hidup yang sentiasa berubah-ubah, pihaknya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan setia Panasonic khususnya pengguna wanita di negara ini.

Beliau berkata, pengenalan produk baru dari rangkaian penjagaan rambut dan pengurut kaki udara adalah antara inisiatif syarikat dalam menawarkan produk yang lebih berinovati­f dan terkini.

“Kami merasakan penting kepada Panasonic untuk terus memperkena­lkan produk yang lebih berkuasa dan inovatif dalam pasaran terutamany­a dari segmen penjagaan kecantikan dan kesihatan.

“Pengguna seharusnya diberikan pelbagai pilihan untuk membolehka­n mereka memilih produk yang paling sesuai dengan gaya hidup mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk Panasonic Beauty bersempena program jelajahnya.

Antara produk utama yang diperkenal­kan dalam siri jelajah itu termasuk siri penjagaan rambut yang terdiri daripada pengering rambut, EH-NE (RM269) dan EH-NE (RM219) yang dilengkapi dengan sensor pelindunga­n haba termaju dan kawalan suhu secara automatik.

Dalam siri sama turut ditawarkan pelurus rambut nano, EH-HS99 yang dijual pada harga RM479 menggunaka­n teknologi nano sekali gus memberikan kelembapan kepada rambut dan kemasan lembut serta berkilau.

Bagi pengurut kaki udara, EW-RAJ6-P422 (RM1,799) dan EW-RAH6-K422 (RM999) mempunyai fungsi mengurut 12 titik dari ibu jari hingga ke bahagian paha, menyediaka­n lapan program urutan berlainan bagi memenuhi keperluan individu.

 ??  ?? DARI kiri, Cheng, pelakon Hong Kong, Ali Lee dan Pegawai Eksekutif Panasonic Corporatio­n, Hiroyuki Tagishi pada majlis pelancaran produk Panasonic Beauty bersempena program jelajahnya.
DARI kiri, Cheng, pelakon Hong Kong, Ali Lee dan Pegawai Eksekutif Panasonic Corporatio­n, Hiroyuki Tagishi pada majlis pelancaran produk Panasonic Beauty bersempena program jelajahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia