Harian Metro

Perak menang bergaya

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun hanya dibarisi pemain muda, Perak memperaga aksi meyakinkan untuk menewaskan skuad kebangsaan Indonesia 3-0 pada aksi kedua Kumpulan A Piala Razak di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Lembah Pantai, semalam.

Ketua jurulatihn­ya, Mohd Azlan Ahmad mengaku berpuas hati dengan kemenangan itu apabila anak buahnya bangkit selepas tewas kepada Kuala Lumpur 2-6 pada perlawanan pertama.

“Rata-rata pemain beraksi dengan keadaan tidak cergas sepenuhnya kerana baru saja turun beraksi bertemu Kuala Lumpur, semalam.

“Saya akui pada awalnya rentak permainan kami agak perlahan. Saya ambil keputusan mengubah strategi permainan kepada lebih pantas di suku kedua,” katanya.

Menurut Mohd Azlan, ketiadaan rekod pertemuan menentang Indonesia menyaksika­n dia berdepan kesukaran menjangkak­an apakah yang akan berlaku pada perlawanan sebenar.

“Kami dapat menewaskan Indonesia selepas mengkaji corak permainan mereka di awal permainan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Nurliyana Ghazali meletakkan Perak di depan pada minit ke-10 menerusi jaringan padang.

Perak menambah gol kedua hasil jaringan padang Wan Nur Syamielea Wan Mazli pada minit ke-45 dan Amira Natasha Abu Hassim melengkapk­an kemenangan dengan menyumbat gol ketiga lima minit sebelum tamat perlawanan hasil pukulan sudut penalti.

Perak akan bertemu juara bertahan, Pahang, esok.

 ??  ?? PEMAIN Perak (kiri) cuba melepasi
kawalan pemain Indonesia.
PEMAIN Perak (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia