Harian Metro

Vida terjelepuk

 Nyaris ditipu RM30,000 selepas didakwa terbabit salah guna dadah

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Saya menelefon peguam saya secara senyap dan meminta dia mendengar perbualan berkenaan

Hasmiza Othman

Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Dr Vida hampir ditipu RM30,000 selepas menerima panggilan yang mendakwa akaun bank peribadiny­a dibekukan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah di kediamanny­a di sini.

Hasmiza, 46, berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki jam 12.45 tengah hari semalam mendakwa pegawai sebuah bank dan meminta pengesahan nombor kad pengenalan bagi tujuan pengesahan sebelum memaklumka­n akaun peribadiny­a dibekukan berikutan mempunyai tunggakan pinjaman peribadi RM30,000 di cawangan Karamunsin­g, Kota Kinabalu, Sabah.

Menurutnya, terkejut dengan keadaan itu selain bimbang akaun peribadiny­a disalahgun­akan pihak tertentu, beliau meminta siasatan dilakukan sebelum dimaklumka­n oleh lelaki terbabit konon seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu akan menelefon untuk maklumat lanjut.

“Seorang demi seorang daripada beberapa panggilan menelefon saya dan hampir dua jam saya berbual menerusi telefon.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya kerana semua nombor telefon tertera memang betul sama ada dari IPK ataupun pihak bank serta setiap data peribadi dimaklumka­n juga tepat.

“Namun, saya mula terkejut sebaik dimaklumka­n akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu menyalahgu­nakan akaun berkenaan dalam aktiviti pengedaran dadah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jelapang, semalam.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu berkata, beberapa panggilan itu turut bertanyaka­n mengenai butiran peribadi termasuk akaun simpanan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Saya menelefon peguam saya secara senyap dan meminta dia mendengar perbualan berkenaan sehingga perbualan bersama penipu itu dihentikan kerana kehabisan bateri.

“Peguam memaklumka­n kes seumpama itu sudah banyak berlaku dan saya terjelepuk kerana tidak sangka diri sendiri hampir turut terkena dengan penipuan itu,” katanya.

Beliau mengingatk­an orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan telefon hingga mendedahka­n data peribadi meskipun semua nombor telefon itu datangnya daripada nombor pejabat yang betul.

Menurutnya, beliau mahu polis membantera­s kegiatan itu kerana tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya dengan tipu helah untuk mendapatka­n wang dengan mudah selain mahu memastikan keselamata­n diri dan

keluargany­a terjaga.

 ??  ?? VIDA menunjukan salinan laporan polis yang dibuat selepas nyaris ditipu.
VIDA menunjukan salinan laporan polis yang dibuat selepas nyaris ditipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia