Harian Metro

‘TANAM’ BONGKAH 3.7 TAN

 JAIM ambil inisiatif lupus sendiri abu naskhah al-Quran dikumpul tiga tahun ke dalam laut

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Selepas mendapatka­n khidmat pihak dan negeri lain membantu melupuskan abu naskhah al-Quran, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengambil inisiatif melupus sendiri naskhah rosak yang dikumpul sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Yaakob Md Amin berkata, 3.7 tan abu al-Quran yang dibakar di Kajang, Selangor dikumpul di tiga pusat pengumpula­n di tiga daerah negeri ini.

“Sebelum ini kami pernah lakukannya dengan kerjasama dari Selangor, Negeri Sembilan dan lain-lain. Hari ini (semalam) kami lakukannya sendiri, sekali gus menjawab tanggapan orang yang meragui kesempurna­an melupuskan ayat suci ini. Malah, kali ini, kami tidak membuang abu dalam bentuk serbuk semata-mata, tapi abu dibentuk kepada bongkah dan lebih selamat dibuang ke laut,” kata Yaakob selepas program itu, semalam.

Proses pelupusan dipantau sendiri Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil, selain Pengarah JAIM Md Azhan Samat dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan JAIM Datuk Rahimin Bani serta 43 lagi yang bersama-sama melupuskan abu al-Quran ke laut.

Program bermula jam 9 pagi di Pelabuhan Tanjung Bruas, Tanjung Kling itu dilakukan di atas kapal MV Pedoman milik Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang berpangkal­an di Pelabuhan Klang, Selangor.

Abu terbabit dibuang ke laut iaitu tujuh batu nautika dari Pelabuhan Tanjung Bruas.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di bawah bahagian kawalan teks al-Quran digariskan panduan menjaga kesucian dari segi penerbitan, penjualan dan pelupusan.

“Mengikut garis panduan kami boleh membakar dengan meracik dahulu hingga hancur. Ada dua kaedah iaitu menanam abu yang dibakar dan dibuang ke laut.

“Ketika ini, banyak negeri menggunaka­n kaedah melupuskan­nya ke laut dan kaedah ini lebih selamat dan mengelakka­n fitnah,” kata Abdul Halim.

Menurutnya, umat Islam di negeri ini dinasihatk­an menyerahka­n naskhah al-Quran dari rumah, pejabat atau mana-mana institusi kepada pejabat agama daerah atau mana-mana masjid.

“Masjid yang menerima al-Quran rosak atau apa saja untuk dilupuskan akan membantu menyerahka­nnya kepada masjid daerah atau negeri,” katanya sambil menekankan, percetakan peperiksaa­n, nota serta kad jemputan kahwin yang ada cetakan ayat suci juga perlu diambil perhatian.

 ?? FOTO: RASUL AZLI SAMAD ?? PROGRAM pelupusan dilakukan tujuh batu nautika dari Pelabuhan Tanjung Bruas.
KAKITANGAN JLM membantu mencampak bongkah abu ke laut.
FOTO: RASUL AZLI SAMAD PROGRAM pelupusan dilakukan tujuh batu nautika dari Pelabuhan Tanjung Bruas. KAKITANGAN JLM membantu mencampak bongkah abu ke laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia