Harian Metro

Mati ditembak di Indonesia

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 Lelaki warga Malaysia cuba seludup syabu maut dibedil selepas bergelut dengan anggota BNNP

Lelaki warga Malaysia yang disyaki menyeludup syabu maut akibat ditembak ketika cuba melarikan diri daripada tahanan anggota Badan Narkotika Nasional Propinsi (BNNP) Kalimantan Barat dalam serbuan di Entikong, Sabtu lalu.

Ketua BNNP Kalimantan Barat Brigediar Jeneral Nasrullah berkata, suspek berusia 48 tahun memandu pacuan empat roda Toyota Land Cruiser berseorang­an dengan membawa tiga kilogram syabu dalam perjalanan ke Pontianak melalui sempadan Entikong.

Menurutnya, selepas melalui sempadan Entikong, pacuan empat roda suspek ditahan anggota BNNP Kalimantan Barat dan anggota Bahagian BEA Pencukaian sebelum menemui dadah berkenaan.

“Suspek bersama bahan bukti kemudian dibawa ke Pontianak. Namun ketika dalam perjalanan berlaku pergelutan antara suspek yang cuba melarikan diri daripada anggota penguat kuasa.

“Akibat pergelutan itu anggota penguat kuasa melepaskan tembakan dan sus- pek yang parah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam yang turut memaklumka­n tiga rakan suspek ditahan dalam tangkapan berasingan.

Nasrullah berkata, sebelum itu tiga lelaki warga Indonesia terbabit pergi ke Siburan, Kuching untuk berjumpa suspek bagi urusan membeli syabu dengan menyerahka­n RM230,000 pada Jumaat lalu.

“Berdasarka­n soal siasat terhadap tiga lelaki itu, suspek menyerahka­n dua bungkus syabu yang diletakkan di kerusi belakang sebuah kereta selepas melakukan pembayaran.

“Mereka kemudian menambah pembelian satu kilogram syabu berharga RM25,000 dan kemudian ia diletakkan ke dalam pacuan empat roda dipandu suspek. Turut diletakkan dalam pacuan empat roda suspek ialah tambahan dua kilogram syabu,” katanya.

Katanya, tiga rakan suspek menaiki kenderaan lain pulang ke Pontianak, manakala suspek memandu berseorang­an sebelum ditahan di sempadan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kami turut merampas syabu, pacuan empat roda bernombor pendaftara­n Malaysia, telefon bimbit dan beberapa dokumen,” katanya.

Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Rumah Sakit Dr Soedarso untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

 ??  ?? MYKAD dan pasport suspek warga Malaysia yang ditembak mati.
MYKAD dan pasport suspek warga Malaysia yang ditembak mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia