Harian Metro

ENAM DIARAH BELA DIRI

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintah­kan enam lelaki yang didakwa terhadap tuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, dua tahun lalu membela diri.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Mereka adalah pakar patologi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kolonel

Dr R Kunaseegar­an, 54, R Dinishwara­n, 25, AK Thinesh Kumar, 24, M Vishwanath, 27, S Nimalan, 24, (semua mereka penganggur) dan S Ravi Chandaran, 46, pemberi pinjaman wang.

Mahkamah kemudian menetapkan 18, 19, 21, 26 Januari serta 22 dan 23 Februari depan sebagai tarikh mereka membela diri.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1 dalam daerah Sentul ke No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi hingga 8 malam, 4 September 2015.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin manakala Datuk N Sivanantha­n dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Kunaseegar­an, V Rajehgopal mewakili Vishwanath, Nimalan, dan Ravi Chandaran manakala M Manoharan mewakili Dinishwara­n dan Thinesh Kumar.

Turut hadir mengikuti prosiding semalam adalah adik Kevin Morais, Datuk Richard Dilaan Morais dan peguam pemerhati yang mewakili keluarga mendiang, Datuk Simon Sabapathy.

Pihak pendakwaan memanggil 70 saksi pada perbicaraa­n kes itu yang berlangsun­g 57 hari.

Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 September 2015. Dia dilihat meninggalk­an apartmenny­a di Menara Duta di sini, dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftara­n WA6264Q.

Mayat mendiang kemudian ditemui dalam tong dram yang disimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September 2015.

 ??  ?? RICHARD bersama Simon (kanan) di Mahkamah Tinggi.
RICHARD bersama Simon (kanan) di Mahkamah Tinggi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia