Harian Metro

58% rakyat kita guna Facebook

-

Pengguna Internet di negara ini meningkat kepada 24.5 juta pada 2016 berbanding 24.1 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata, daripada jumlah itu, 89.3 peratus adalah pengguna laman sosial iaitu peningkata­n mendadak berbanding 9.3 peratus pada 2015.

“Berdasarka­n laporan terbaru Reuters, peningkata­n penembusan jalur lebar menjadi antara faktor yang menggalaka­n penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna Internet di Malaysia dan aplikasi ter- tinggi digunakan penduduk Malaysia adalah Facebook iaitu 58 peratus diikuti Whatsapp (51 peratus), Youtube (26 peratus) dan WeChat serta Instagram masing-masing 13 peratus.

“Selain itu, jumlah pemilik akaun beberapa media sosial seperti Twitter turut meningkat 13.7 peratus tahun lalu berbanding hanya 5.1 peratus tahun sebelumnya.

“Secara keseluruha­n, Instagram merekodkan peningkata­n pemilik akaun paling ketara sebanyak 36.4 peratus dengan jumlah pada 2016 seramai 12.3 juta,” katanya menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Ketika menjawab soalan tambahan Raime berhubung isu kebocoran dan perlindung­an data peribadi, Jailani berkata, semua pengguna Internet di Malaysia dinasihatk­an tidak mendedahka­n maklumat peribadi di media sosial.

Beliau berkata, kerajaan menerusi agensi berkaitan memiliki akta tertentu melindungi pengguna namun orang ramai tidak seharusnya bergantung kepada akta berkenaan kerana yang paling mustahak adalah aspek kawalan kendiri ketika menggunaka­n Internet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia