Harian Metro

PESTA KEPAH

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

Pekan

Kemunculan kepah iaitu sejenis hidupan air payau di kuala Sungai Tanjung Agas di sini, sejak sebulan lalu menarik perhatian lebih 200 pengunjung setiap hari yang mencarinya di sepanjang sungai menghala ke Laut China Selatan itu

Aktiviti mencari hidupan dalam lumpur di dasar sungai menyerupai lokan itu dilakukan penduduk setempat dan luar daerah ini bermula 12 tengah hari ketika air sungai surut selama empat hingga lima jam.

Ketua Kampung Tanjung Agas Mohd Amir Ab Manan, 33, berkata, kepah muncul di kuala sungai itu hampir setiap tahun namun kali ini jumlahnya begitu banyak sehingga menarik perhatian masyarakat setempat dan luar datang mencarinya setiap hari.

Katanya, kemunculan kepah kali ini melebihi daripada biasa selain saiznya lebih besar dan ia seolah-olah berkumpul dalam kawasan sepanjang kira-kira 100 meter sepanjang kuala Sungai Tanjung Agas berhampira­n jeti pendaratan ikan nelayan.

Katanya, kepah tidak asing bagi penduduk daerah ini apabila muncul setiap tahun di beberapa kawasan sepanjang Sungai Pahang yang berlumpur.

“Kehadiran kepah yang banyak di kuala Sungai Tanjung Agas kali ini mencetuska­n idea untuk saya mengadakan ‘Pesta Kepah Pantai Tanjung Agas 2017’, di sini, semalam (kelmarin), yang menyediaka­n acara jamuan kampung dengan menu utama kepah masak lemak, kepah goreng berlada dan kepah masak singgang.

“Sebanyak 400 kilogram kepah dimasak secara gotong-royong dibantu pengusaha katering iaitu Kamarulzam­an Haron yang pakar dalam menyediaka­n masakan tradisiona­l daerah ini

Penduduk berduyun-duyun

cari kepah ketika air Sungai Tanjung Agas surut

terutama membabitka­n kepah, pengunjung diberi makan nasi secara percuma dengan lauk kepah, ikan masin dan air keladi selama lima jam bermula dari 12 tengah hari.

“Sebagai penganjur saya berpuas hati dengan kehadiran lebih 1,500 penduduk setempat dan luar yang turut berpeluang melihat sendiri aktiviti mencari kepah di kawasan kuala Sungai Tanjung

Agas,” katanya yang menganjurk­an program kali pertama di daerah ini.

Mohd Amir berkata, setiap hari pihaknya memantau aktiviti mencari kepah bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku dengan bendera sebagai tanda kawasan berbahaya disediakan untuk mengelak mereka yang mencari kepah tidak berada di kawasan air dalam.

Katanya, kehadiran kepah di kuala Sungai Tanjung Agas diharap menjadi produk pelanconga­n yang dapat menarik kehadiran pengunjung selain beberapa projek ekonomi nelayan setempat seperti pusat jualan hasil laut segar dan kawasan memancing akan disediakan.

“Saya bercadang menjadikan pesta kepah pantai Tanjung Agas sebagai acara tahunan selain program pesta air dan sukan rakyat yang akan diadakan tahun depan,” katanya.

Penduduk Wahida Mohamad, 44, berkata, kemunculan kepah kali ini begitu banyak dan usaha mencarinya menjadi lebih mudah dengan menggunaka­n penyauk besi selain meraba dengan tangan.

.

 ??  ?? PENDUDUK kampung seronok berendam bagi mendapatka­n kepah.
ALIF Daniel Ayop (kanan) dan Mohd Hisamudin Hassan menunjukka­n kepah
yang diperoleh.
PENDUDUK kampung seronok berendam bagi mendapatka­n kepah. ALIF Daniel Ayop (kanan) dan Mohd Hisamudin Hassan menunjukka­n kepah yang diperoleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia