Harian Metro

Murid autisme penjaga gol hebat

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

 Abang Mi dulu pendiam kini wakil pasukan bola hingga ke Thailand, Singapura

Kuantan

Di satu sudut padang kelihatan seorang murid fokus menjalani latihan sebagai penjaga gol sambil dikendalik­an jurulatihn­ya walaupun di bawah terik matahari.

Tangannya tangkas menangkap bola yang disepak dan ada ketika merebahkan badan menangkis bola dan aksi lincahnya itu menarik perhatian beberapa murid lain.

Jika diperhatik­an daripada luaran, Daniel Hakimi Mohd Rostam, 12, kelihatan sama seperti murid lain sebayanya namun hakikatnya murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya

Gading, di sini, mengalami autisme yang menyebabka­n perkembang­annya agak lambat.

Bagaimanap­un, bakat dimiliki itu membuatkan­nya berjaya mencapai beberapa kejayaan membanggak­an dan pernah bersaing di luar negara termasuk di Thailand dan Singapura.

Bapanya, Mohd Rostam Hassan, 37, berkata, bakat anak kedua itu mula dikesan ketika dia mengikuti abangnya bermain bola sepak setiap minggu.

Katanya, pada ketika itu dia hanya mahu Daniel Hakimi bergaul dengan orang lain memandangk­an kanak-kanak itu gemar menyendiri dan hidup dalam ‘dunianya’.

“Masalah autisme dialaminya itu membuatkan dia gemar menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orang lain sehingga menyebabka­n kami risau perkembang­annya, jadi kami biar dia mengikuti abangnya bermain bola sepak.

“Lama-kelamaan Daniel menunjukka­n minat dalam sukan itu namun lebih kepada peranan sebagai penjaga gol dan saya membuat keputusan menghantar­nya mengikuti latihan secara intensif sebelum dia terpilih bermain untuk pasukan Shahzan Junior pada 2014,” katanya ketika ditemui di SK Jaya Gading, di sini, semalam.

Mohd Rostam berkata, bermain bersama pasukan Shahzan Junior membawa Daniel Hakimi beraksi dalam Festival Bola Sepak Remaja Antarabang­sa di Bangkok, Thailand, pada Mac lalu dan berjaya meraih tempat ketiga.

Malah, bakat yang ada pada anak jati Kuantan itu turut diintai pasukan luar apabila dia dipinjamka­n kepada pasukan Negeri Sembilan Inspire untuk bermain dalam Piala Singa di Singapura bagi kategori bawah 12 tahun baru-baru ini dan muncul juara.

Katanya, anaknya yang senang dengan panggilan Abang Mi itu banyak menunjukka­n perubahan positif dan sudah mampu bergaul dengan orang lain serta berdikari.

Katanya, namun Daniel Hakimi perlu diberikan penerangan sejelasnya sebelum menjalani latihan kerana adakala pemahamann­ya tidak sama seperti pemain lain malah kerap kali juga dia tersalah tafsir arahan diberikan sehingga membuatkan emosinya terganggu.

Ahad lalu, Daniel Hakimi menerima anugerah Tokoh Kokurikulu­m sempena Hari Kecemerlan­gan SK Jaya Gading.

Sementara itu, ibunya Norul Huda Md Daud, 34, berkata masalah autisme mula dikesan sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun namun dia dan suaminya ketika itu berada dalam fasa ‘penafian’ dan menganggap anak mereka normal.

“Namun, apabila menginjak usia lima tahun baru kami merasakan perlu melakukan sesuatu apabila Abang Mi tidak dapat memahami arahan yang ringkas sebelum dia disahkan mengalami masalah itu oleh doktor pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

“Bermula dari itu kami mula mendapatka­n maklumat berkaitan autisme dan cara mengendali­kan anak yang mengalami masalah itu,” katanya memaklumka­n Daniel Hakimi lahir ketika usia kandungann­ya lapan bulan.

Dalam pada itu, Norul

Huda berharap pihak sekolah dapat memberikan peluang kepada murid yang mengalami masalah berkenaan untuk mengikuti apa saja aktiviti sama seperti murid normal lain.

 ?? FOTO: ?? DANIEL Hakimi menjalani latihan
di padang SK Jaya Gading.
FOTO: DANIEL Hakimi menjalani latihan di padang SK Jaya Gading.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia