Harian Metro

Petani malam

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Seorang kakitangan swasta menggunaka­n masa terluang pada waktu malam untuk menanam sayur-sayuran, sekali gus mampu menjana pendapatan sampingan mencecah RM400 sebulan.

Rizuan Ahmad, 38, dari Seksyen 17, di sini, yang juga peserta kebun komuniti seluas 0.2 hektar di kawasan perumahann­ya berkata, pada mulanya aktiviti berkenaan dilakukan hanya sekadar minat saja, namun kini amat menyeronok­kan kerana tidak perlu membeli sayur di pasar sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, dia menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di kebun itu antaranya bayam, kangkung, kailan, cili, sawi dan lain-lain sebelum hasil tanaman dijual kepada penduduk sekitar.

“Saya melakukan kerja di kebun ini selepas waktu kerja biasanya pada waktu ma- lam. Selain itu, sayur-sayuran ini ditanam secara organik, sekali gus bagus untuk kesihatan berikutan bebas racun,” katanya ditemui di sini, kelmarin.

Suri rumah, Norliza Ismail, 47, berkata, aktiviti berkebun dilakukan untuk mengisi masa lapangnya di samping menambah pendapatan seisi keluarga.

“Saya mampu memperoleh RM200 sebulan daripada hasil kebun, malah su-

dah lama saya tidak membeli sayur di pasar dan hanya bertukar-tukar sayur dengan jiran saja,” katanya.

Katanya, kebun komuniti itu bukan saja membantuny­a berjimat, malah mengeratka­n lagi hubungan antara jiran serta penduduk.

“Ada ketika kami bersarapan, makan tengah hari dan minum petang beramai-ramai, malah ada juga sambutan hari jadi dan doa selamat diadakan di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kebun Komuniti Seksyen 17, Mohd Yusof Musbah, 65, berkata, kebun berkenaan diwujudkan sejak dua tahun lalu dengan menanam pelbagai jenis sayur-sayuran.

“Saya mempunyai banyak masa terluang selepas bersara lalu mula bercucuk tanam. Pada mulanya kita hanya buat secara kecil-kecilan sehinggala­h jadi kebun seperti ini. Setakat ini, ada 26 batas dan 63 penduduk mengusahak­an kebun ini,” katanya.

 Kakitangan swasta raih duit saku RM400 sebulan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Yusof menunjukka­n hasil tanamannya di batas kebun komuniti Seksyen 17, Shah Alam.
MOHD Yusof menunjukka­n hasil tanamannya di batas kebun komuniti Seksyen 17, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia