Harian Metro

Kongsi teknologi Honda dengan pelajar PAV

-

Alor Gajah: Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) menyerahka­n Honda Jazz 1.5L bernilai lebih RM80,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin semalam untuk kegunaan pelajar Pendidikan Asas Vokasional (PAV).

Timbalan Presiden Kumpulan Pembuatan ( HMSB) Syahril M Azmi berkata, pemberian kenderaan berteknolo­gi terkini kepada sekolah terbabit bertujuan dijadikan bahan pembelajar­an kepada anak yang akan mendokong kemajuan teknologi automotif negara.

“Selain sekolah ini, tiga lagi sekolah turut diamanahka­n tiga kenderaan Honda iaitu kepada SMK Naning, Kolej Vokasional Datuk

Seri Mohd Zin dan

Kolej Vokasional Melaka Tengah.

“Dengan penyerahan ini, diharap kami dapat meneruskan hubungan dua hala dengan pihak sekolah, sekali gus terjalin perkongsia­n teknologi dan latihan industri di sektor kami.

“Malah, wakil HMSB akan datang ke sekolah memberi latihan dan pembelajar­an berkaitan teknologi Honda, khususnya kepada guru dan juga pelajar terbabit dalam masa terdekat,” katanya selepas Majlis Penyerahan Honda Jazz 1.5L oleh HMSB di sekolah berkenaan yang dirasmikan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Mohd Rashid Mohd Sidek.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Sulaiman Md Ali, Pengetua SMK Sultan Alauddin Salbiah Ahmad dan Pengurus HMSB Mohammad Hisham Ismail.

Sementara itu, Mohd Rashid berkata, hubungan dengan Honda berupaya meningkatk­an tahap pencapaian pelajar dalam bidang automotif.

“Kami mahu memperkasa Pendidikan dan Latihan Tek- nikal serta Vokasional (TVET) yang dilihat mampu mewujudkan masyarakat berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

“Dulu kemahiran teknikal dan vokasional dilihat sebagai pendidikan kelas kedua hingga menyebabka­n ramai yang memilih untuk belajar daripada pengalaman semata-mata.

“Jadi, usaha sama ini diharap menjadi pendorong pelajar untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Pelajar bukan saja berkemahir­an dalam kereta tempatan, tapi juga teknologi antarabang­sa,” katanya.

SMK Sultan Alauddin satu-satunya sekolah harian yang mempunyai mata pe- lajaran PAV Automotif yang dikhususka­n kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga yang akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua.

Sehingga kini, sekolah ini memiliki 52 pelajar PAV Automotif yang akan mempelajar­i teori dan amali berkaitan teknologi automotif.

FAKTA HMSB serah Honda Jazz 1.5L bernilai lebih RM80,000 kepada SMK Sultan

Alauddin

 ??  ?? SYAHRIL (dua dari kiri) dan Mohd Rashid (tiga dari kiri) melihat Salbiah mencuba Honda Jazz yang diserahkan HMSB untuk pembelajar­an pelajar PAV. SYAHRIL
(kiri) menyerahka­n kunci kereta
Honda Jazz kepada Mohd Rashid.
SYAHRIL (dua dari kiri) dan Mohd Rashid (tiga dari kiri) melihat Salbiah mencuba Honda Jazz yang diserahkan HMSB untuk pembelajar­an pelajar PAV. SYAHRIL (kiri) menyerahka­n kunci kereta Honda Jazz kepada Mohd Rashid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia